NASI lemak sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Seantero dunia mengenali menu turun-temurun ini.
Cuma, cara masakan yang pelbagai membuatkan hidangan ini tampak berbeza dengan di tempat-tempat lain.
Nasi lemak yang ditanak dengan bunga kantan antara kaedah yang jarang kita dengar.
Aromanya enak dan harum mewangi membuatkan hidangan ini menjadi menu paling laris di LuckBros Cafe. Dikenali sebagai nasi lemak panggung, resipi asal dihasilkan oleh seorang tukang masak Melayu yang bekerja di cawangan premis ini di Petaling Street.
Ditanak setiap hari, rasa kesegaran dan keenakan nasi lemak ini dapat dirasai ketika suapan pertama menyinggah mulut penulis.
Berikut didedahkan rahsia menu yang pernah diangkat sebagai 100 hidangan kegemaran dunia.
BAHAN-BAHAN
-Beras 2 kilogram
-Air 250 mililiter (hanya untuk bahan kisaran)
-Santan 1.5 gram paket
-Sebiji telur mata kerbau
-Acar nyonya 80 gram
-Kacang tanah 50 gram
-Ayam berempah 1 nos
CARA PEMBUATAN
-Masukkan beras, air, garam, santan, daun pandan dan bunga kantan ke dalam periuk nasi dan biarkan sehingga masak selama 10 hingga 15 minit.
-Kukuskan nasi selama 30 minit.
-Selepas ditanak, hidangkan nasi lemak di dalam pinggan bersama kacang, ikan bilis, sambal, acar nyonya dan telur mata kerbau.
-Ayam goreng berempah pula diperap bersama jintan manis, jintan putih, serbuk kari serta daun kari yang ditumbuk.
-Acar nyonya ditempah khas dari kilang kerana proses pembuatannya rumit dan perapan pula mengambil masa selama tiga hari bagi mendapatkan rasa yang enak.