Mustapha mahu fokus bimbing pelajar miskin tegar

Mustapha mahu fokus bimbing pelajar miskin tegar di kementerian baharu

MUSTAPHA SAKMUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Selepas setahun berkhidmat dalam Kementerian Sumber Manusia, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud sedia menggalas tanggungjawab baharu yang diamanahkan.

Beliau percaya fokus kerajaan Perpaduan adalah untuk mengangkat darjat negara melalui kemakmuran ekonomi rakyat yang dizahirkan melalui rombakan kabinet yang lebih dinamik.

Walaupun saiz anggota Kabinet bertambah, ia merupakan jumlah yang optimum dan masih kecil berbanding kerajaan terdahulu.

Justeru, di bawah portfolio baharu yang diamanahkan kepadanya itu, beliau akan cuba memberi perhatian kepada isu-isu yang dekat dengan pemegang taruh di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Antara perkara yang beliau mahu berikan fokus adalah usaha membimbing pelajar dalam kalangan miskin tegar untuk menamatkan pengajian; meminimumkan ketidakpadanan pekerjaan yang mengakibatkan guna tenaga tidak penuh (under employment); dan memastikan libat urus antara pelajar dan agensi kerajaan berjalan dengan baik sebagai pendedahan kepada keperluan semasa.

Di samping itu, beliau juga akan berusaha memperkasa sinergi antara akademik dan industri dalam mencapai objektif Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Kerangka Ekonomi Madani.

Ahli Parlimen Sepanggar itu berkata, beliau juga akan memastikan pelajar yang menjalani latihan praktikal mendapat elaun yang setimpal; memastikan bakat dalam negara mencukupi sebagaimana permintaan pelabur dan menurunkan kadar pengangguran dalam kalangan belia yang kini pada 10.1 peratus.

Pada masa sama, beliau akan turut mempromosikan kesedaran kesihatan mental dan memperkasa kekuatan emosi dan spiritual dalam kalangan pelajar.

Katanya, beliau amat menghargai peluang untuk terus berkhidmat di bawah kementerian baharu selama setahun sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya