Kurikulum kurang berkesan tanpa komunikasi visual spontan

Kurikulum kurang berkesan tanpa komunikasi visual spontan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Salah satu teras Kurikulum Persekolahan 2027 adalah kemahiran berfikir.

Pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan kemahiran berfikir pelajar-pelajar mencapai aras tertinggi iaitu mencipta.

Kenyataan saya ini berdasarkan pendekatan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang digunakan sebagai penanda aras dalam sistem pendidikan.

Rujukan berkaitan KBAT boleh didapati melalui internet mahupun buku-buku rujukan yang ada di pasaran.

Artikel ini hanya mengupas bagaimana komunikasi visual spontan mempengaruhi pembentukan KBAT pelajar dan seterusnya mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.

 

Senario 1: Seorang pelajar pintar yang gagal menerangkan idea bernas secara efektif

Seorang pelajar pintar dan beberapa pelajar lain telah dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan reka cipta STEM.

Mereka diminta untuk mencari jalan penyelesaian tentang minyak masak terpakai.

Idea terbaik akan dihantar mewakili sekolah ke pertandingan tersebut. KBAT amat diperlukan untuk mencari idea terbaik.

Satu perbincangan telah dibuat untuk memberi peluang setiap pelajar mengutarakan idea-idea bernas mereka.

Pelbagai cara digunakan oleh pelajar-pelajar tersebut untuk memastikan idea mereka terpilih.

Malangnya, pelajar pintar tersebut tidak mahir dalam komunikasi visual spontan. Walaupun mempunyai idea paling bernas tetapi beliau gagal menzahir dan menyampaikan secara berkesan.

Akhirnya, idea pelajar lain yang terpilih ke pertandingan tersebut.

Senario ini akan mempengaruhi pembentukan karakter dan kualiti kerja pelajar.

 

Senario 2: Pelajar-pelajar mahir berfikir tetapi kurang berjaya dalam peperiksaan.

Markah peperiksaan akhir tahun yang diperolehi sekumpulan pelajar amat mendukacitakan.

Guru-guru juga hairan dengan situasi tersebut. Berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kelas dan aktviti luar kelas, pelajar tersebut faham apa yang telah diajarkan kepada mereka.

Tetapi keputusan peperiksaan adalah sebaliknya. Maka guru-guru melipat kali gandakan usaha untuk membantu kumpulan pelajar tersebut.

Hal yang sama terjadi kepada markah peperiksaan tahun seterusnya. Berdasarkan senario di atas, proses PdP berlaku dengan cekap tetapi markah peperiksaan masih tidak memuaskan.

Pernahkah kita terfikir, komunikasi visual spontan menjadi salah satu faktor mempengaruhi markah peperiksaan pelajar?

Walaupun mereka sangat cekap dengan kemahiran berfikir tetapi tidak menguasai keupayaan komunikasi visual spontan, kebarangkalian untuk mereka mendapat keputusan yang kurang cemerlang adalah tinggi.

 

Senario 3: Proses PdP tidak berkesan. Terdapat pelbagai pendekatan PdP yang digunakan oleh guru-guru.
Setiap pendekatan itu menggunakan tiga keupayaan iaitu berfikir, berkomunikasi dan melaksana.

Guru dan pelajar perlu menguasai ketiga-tiga keupayaan ini untuk memastikan proses PdP dapat berlaku dengan berkesan.

Semasa proses pengajaran, seorang pelajar bertanya tentang satu soalan rumit dan sukar untuk diterangkan dengan hanya mengunakan komunikasi lisan dan teks.

Ia memerlukan guru tersebut menggunakan komunikasi visual spontan untuk menjawabnya dengan jelas serta mudah difahami.

Tetapi, malangnya guru ini kurang mahir dengan komunikasi visual spontan.

Sudah pasti, soalan rumit tadi gagal dijawab secara berkesan.

Hal sebaliknya juga boleh berlaku di mana pelajar gagal menjawab soalan rumit jika ditanya oleh guru semasa PdP.

Jelas menunjukkan keupayaan komunikasi visual spontan amat penting dalam memastikan PdP dilaksanakan secara efektif.

Banyak lagi senario yang memerlukan komunikasi visual spontan untuk menyokong kemahiran berfikir dalam memastikan pelaksanaan Kurikulum Persekolahan berjaya.

Salah satu daripada tujuh teras kepada Kurikulum Persekolahan 2027 adalah Teras Komunikasi. Mod komunikasi terbahagi kepada empat iaitu lisan, bukan lisan, teks dan visual.

Perkembangan pesat teknologi maklumat pada abad ke-21 menjadikan masyarakat kita masyarakat visual.

Masyarakat bergantung kuat dengan elemen visual untuk berkomunikasi secara efektif.

Senario ini menyebabkan komunikasi visual menjadi teras utama komunikasi pada abad ke-21.

Sama ada secara spontan mahupun komprehensif.

Oleh itu, penguasaan keupayaan berkomunikasi secara visual amatlah penting untuk memastikan kualiti PdP di tahap yang tinggi.

Sekali gus dapat memastikan Kurikulum Persekolahan 2027 dapat dilaksanakan secara berkesan.

Seperti semua sedia maklum, komunikasi visual berkesan akan menjadi penghubung kepada pembentukan kemahiran berfikir dan seterusnya penghasilan pelajar yang berkualiti.

Merujuk kepada diagram diberikan, pelaksanaan Kurikulum Pendidikan akan terbantut jika guru dan pelajar di semua peringkat tidak menguasai keupayaan komunikasi visual spontan.

Proses PdP tidak akan berlaku dengan berkesan, manakala penilaian pula tidak mencerminkan keupayaan sebenar pelajar tersebut.

Apakah usaha segera yang perlu kita lakukan untuk membantu menyelesaikan masalah ini?

Jawapannya mudah sahaja, kita perlu memperkasakan guru dan pelajar dengan keupayaan komunikasi visual spontan.

Perancangan dan tindakan strategik perlu dijalankan untuk membolehkan pembudayaan komunikasi visual spontan dilaksanakan secara menyeluruh.

Sasar latih 10,000 guru
Pada 2024, saya dan pasukan bercita-cita untuk melatih 10,000 guru STEM dengan keupayaan komunikasi visual spontan.

Saya amat memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk menjayakan agenda ini.

Saya amat percaya kepada kata-kata ini ‘satu garisan hanya boleh terbentuk dengan satu titik’.

Gabungan titik-titik ini akan menghasilkan satu garisan.

Titik-titik yang terhasil perlu mempunyai kualiti yang tinggi untuk membolehkan garisan yang bakal terhasil juga berkualiti tinggi.

Begitulah usaha kita untuk membudayakan keupayaan komunikasi visual spontan.

Perlu ada sokongan jitu daripada pelbagai segi termasuk sokongan kewangan, tenaga, buah fikiran bagi memastikan latihan guru berkualiti serta memberi kesan positif kepada pelajar.

Kepada guru dan pelajar yang membaca artikel ini, anda boleh memulakan usaha menguasai keupayaan komunikasi visual spontan menerusi kemahiran melakar atau melukis.

Kemahiran ini adalah asas utama kepada kemahiran komunikasi visual spontan.

Jom kita belajar melakar dan melukis untuk menzahirkan idea kreatif dan inovatif daripada minda cipta menggunakan Drawzania.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya