Konsep Scandinavian beri ilusi luas

Konsep Scandinavian beri ilusi luas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rumah bersaiz sederhana atau kecil bukan alasan untuk tidak ditatarias dengan sempurna.

Sebaliknya, terdapat banyak teknik dekorasi yang dapat diaplikasikan mengikut kesesuaian satu-satu ruang.

Seperti kediaman milik penjawat awam, Roslina Mohd. Rasip yang memilih tema Scandinavian untuk menghiasi kediamannya yang berkeluasan 750 kaki persegi.

Scandinavian merupakan tema moden yang sangat sesuai bagi ruang kediaman terhad memandangkan ia memberi fokus kepada kaedah memaksimumkan kesederhanaan sedia ada dalam kediaman.

Bagaimanapun, ia masih mengekalkan fungsi barangan dan perabot tersebut.

Ia juga merupakan kombinasi cahaya semulajadi dengan perabot yang mengikut bagi mewujudkan keadaan tenang dan damai.

“Konsep Scandinavian minimalis ini dapat memberikan impak ruang lebih luas.

“Konsep ini juga bercirikan pilihan perabot yang lebih ringkas tanpa mengabaikan fungsinya.

“Dalam rumah saya tidak terlalu banyak perabot yang ada adalah asas seperti sofa, meja makan, kabinet televisyen, katil dan almari pakaian,” katanya.

Selain itu, aksesori seperti cermin bersaiz besar juga membantu memberikan ilusi luas.

Warna cerah
Tambahnya, elemen yang melengkapkan konsep berkenaan adalah lantai rumah yang berasaskan warna kayu dan putih.

“Rona kayu oak menampilkan lagi konsep Scandinavian. Cat yang dipilih juga berwarna putih.

“Selain itu pemilihan warna alam seperti putih, hitam, kelabu dan coklat dapat menyerlahkan lagi konsep Scandi ditambah sedikit pokok hijau bagi memberikan suasana rumah yang lebih tenang,” terangnya lagi.

Mengambil masa selama setahun untuk melengkapkan gaya idamannya itu, suri hati kepada Muhamad Syazuwan Bazelan ini berkata, ia merupakan pilihan yang tepat.

Sementelah, gaya moden yang digabungkan dengan citarasa minimalis itu memberikan suasana nyaman dan tenang pada keluarganya.

Selain itu, ia juga memberikan impak ruang yang tampak lebih luas dan tidak sarat.

Sementara itu, menyentuh mengenai penggunaan warna putih pada keseluruhan ruang dan beberapa perabot, kata Roslina, ia menjadikan dirinya lebih berdisiplin.

“Walaupun rumah dan perabot saya hampir keseluruhan berwarna putih, ia tidak membataskan minat pada warna itu.

“Bagi saya warna cerah sebegini akan mendisplinkan kita untuk menjadi seorang yang lebih pembersih dan kemas kerana mudah nampak kotoran dan terdorong untuk terus membersihkannya tanpa bertangguh,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya