Kepelbagaian perayaan khazanah berharga Malaysia - Pas

Kepelbagaian perayaan khazanah berharga Malaysia – Pas

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas berharap sambutan perayaan Krismas tahun ini berjalan lancar dan dalam suasana yang selamat serta harmoni.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kepelbagaian perayaan dan acara sambutan yang dirai di dalam negara adalah berasaskan agama atau budaya, maka wajar dipertahan kerana ia menunjukkan keharmonian hubungan seluruh kumpulan masyarakat.

“Kepelbagaian perayaan yang berjalan secara harmoni dan meriah dalam kalangan pelbagai kelompok rakyat di negara ini adalah manifestasi keunggulan sikap lunak, bertoleransi serta saling menghormati sesama kita yang kukuh terjalin sekian lama.

“Justeru, ia bukan sahaja perlu dipertahan daripada kecenderungan-kecenderungan yang boleh melemahkan keunggulan sikap itu.

“Malah, perlu terus disuburkan atas kesedaran bahawa kepelbagaian yang wujud merupakan khazanah berharga masyarakat Malaysia yang menambah nilai kepada mutu kehidupan bersama kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, Pas sentiasa meraikan dan terbuka kepada kepelbagaian tersebut.

“Bukan sahaja sebagai ciri istimewa masyarakat kita, tetapi juga sebagai teras ajaran Islam itu sendiri yang menerima realitinya dalam ikatan keluarga besar kemanusiaan.

“Meliputi semua orang dan kelompok ras, budaya mahu pun agama secara sah dan terhormat. Selamat Hari Krismas serta selamat bercuti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya