Isham Jalil dipecat MT UMNO?

Isham Jalil dipecat MT UMNO?

AHMAD ZAHID HAMIDI dan ISHAM JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini mengambil keputusan memecat serta merta ahli majlis tertinggi Isham Jalil ketika beliau tidak hadir  dalam mesyuatat itu.

Bagaimanapun tidak ada pengesahan mengenainya setakat berita ini ditulis

Keputusan itu  dipercayai kena mengenai tindakanya yang lantang mengkritik kepimpinan parti  MT UMNO terutama berkaitan keputusan bersama DAP dalam kerajaan Perpaduan dan selepas Barisan Nasional  (BN) tewas pada Pilihraya Kecil (PRK) Kemaman Sabtu. lalu

Keputusan PRK tersebut menimbulkan polemik UMNO yang menyifatkan penolakan orang Melayu terhadap parti tersebut.

Petang tadi Presiden UMNO mencabar Isham hadir mesyuarat  malam ini tetapi dijawab Isham , dia tidak akan hadir sebagai tanda protes terhadap kepimpinan UMNO.

Beliau turut menafikan menuduh UMNO barua DAP tetapi menjelaskan,  ia ditujukan kepada beberapa pemimpin UMNO.

Menurut sumber, satu surat akan dikeluarkan mengenainya akan dikeluarkan.

Utusan Online sedang cuba menghubungi Isham bagi mendapatkan kepastian tetapi beliau tidak menjawab panggilan.

Sementara itu seorang Ahli MKT, Datuk Mohd Razlan Rafie yang dihubungi hanya berkias dan berkata:  Ibarat sembilu .. selagi tak cabut .. bisa-

Bagaimanapun beliau menitip pesan kepada Isham bahawa sebagai ahli UMNO supaya ikrar sumpah  parti dan patuh kepada setia peraturan.

“Kalau kita tidak suka parti,  boleh letak jawatan dan jangan guna parti untuk popularkan diri. Hormati lah UMNO yang banyak berjasa kepada orang Melayu,” ujar beliau lagi.-UTUSAN

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya