Ilham fantasi akhiri tirai 2023

Ilham fantasi akhiri tirai 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JENAMA Melinda Looi sinonim dengan fesyen unik, ekstravaganza, haute couture dan berwarna-warni.

Sentuhan magis dan berbisa pereka berkenaan diteruskan menerusi koleksi terbaharunya, Crossworlds yang mengangkat tema fantasi sebagai penutup tirai 2023.

Koleksi di bawah label Mell by Melinda Looi itu menampilkan kira-kira 30 rekaan pakaian siap
merangkumi blaus, skirt, dress dan jaket.

Antara kelainannya ialah motif cetakan dihasilkan pada fabrik seperti jacquard dan net mesh.

Crossworlds direalisasikan hasil cetusan idea tiga pereka muda berbakat besar di bawah bimbingan
Looi, iaitu Cassandra Ngiaw, Fara Riad dan Tan Yen Li.

Label yang mula diperkenalkan pada 2003 itu, pernah berhenti seketika pada 2009.

“Tahun lalu saya ambil keputusan untuk mengembalikan semula Mell by Melinda Looi kerana situasi ekonomi yang makin pulih.

“Hasrat itu tercapai menerusi pelancaran Crossworlds, bertemakan fantasi dengan sentuhan warna-warna terang yang ceria seperti merah, biru, jingga selain putih dan hitam,” katanya Melinda ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi berkenaan baru-baru ini.

Menerusi koleksi terbaharu itu, orang ramai berpeluang memiliki rekaan pereka berkenaan pada harga yang berpatutan.

Lantaran Mel by Melinda Looi menawarkan harga mampu milik berbanding label utamanya.


DNA CERIA
Koleksi kali ini masih mengekalkan DNA sama, iaitu penggunaan warna-warni dan elemen ceria.

Malah, katanya, tradisi tersebut akan diteruskan sampai bila-bila dalam setiap koleksi dikeluarkan di bawah label berkenaan.

“Koleksi keluaran saya menampilkan gaya dan tema berbeza-beza tetapi titik persamaannya adalah daripada segi pemilihan warna ceria.

“Lebih daripada itu, saya percaya warna dapat mengubah mood pemakai dan melaluinya seseorang dapat
mencipta momen bahagia dan ber kiran positif.

“Sebab itulah kita memerlukan banyak warna untuk mencorakkan lagi kehidupan,” katanya.


ELEMEN CHEONGSAM, KOLAR MANDARIN
Koleksi ini turut sesuai digayakan bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina, tidak lama lagi.

Sentuhan moden cheongsam dapat dilihat pada blaus dan dress singkat, sekali gus menyuntik mood gembira
di hari perayaan.

Tambah menarik, apabila kolar Mandarin itu boleh dilaras, sekali gus memberi efek malar segar pada setiap helaian.

“Penggunaannya jadi lebih praktikal kerana tidak hanya terhad pada Tahun Baharu Cina sahaja, sebaliknya boleh digayakan pada bila-bila masa dan di mana-mana,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya