PETALING JAYA: Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara menunjukkan aksi cemerlang ketika melakar kemenangan 1-0 ke atas pasukan China B-23 pada aksi persahabatan di Stadium Jinshan, Shanghai, China, sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan menunjukkan aksi seimbang apabila saling melancarkan serangan namun gagal menghasilkan gol.
Bagaimanapun, pada minit terakhir perlawanan, tolakan mudah Harith Haiqal Adam Afkar berjaya menggegar gawang tuan rumah sekali gus memberi kemenangan kepada kem negara.
Skuad Harimau Muda akan sekali lagi berdepan lawan sama pada Selasa nanti.
Aksi persahabatan dengan China B-23 itu sebahagian daripada rangka persiapan Harimau Malaysia B-23 untuk mengharungi kempen Piala Asia B-23 di Qatar, April depan.