Hannah harap Norza kekal di BAM

Hannah harap Norza kekal di BAM

HANNAH Yeoh (tengah) bersama Adam Adli (kanan), Mohamad Norza Zakaria (dua, kiri) .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mempertimbangkan semula keputusan melepaskan jawatan dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hujung bulan ini.

Kenyataan mengejutkan itu dimaklumkan Hannah dalam aplikasi X selain memberitahu bahawa program Road to Gold (RTG) direka bagi mengelakkan sekiranya berlaku perubahan kepimpinan dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ataupun MOM dengan mempunyai dua pengerusi bersama.

“Dengan itu, saya berharap pengerusi bersama, Tan Sri Norza akan mempertimbangkan semula keputusannya untuk berundur sebagai presiden BAM pada akhir tahun ini.

“Sukan Olimpik Paris hanya beberapa bulan sahaja lagi dan badminton mempunyai wakil paling ramai dalam RTG. Kita perlu fokus dan mengurangkan gangguan ketika masa persiapan penting ini,” tulis Hannah menerusi hantaran itu.

Norza pada Ogos lalu, mengumumkan akan melepaskan jawatannya selaku presiden badan induk badminton itu pada hujung tahun ini selepas memikirkan sudah ada individu yang layak menggantikan tempatnya bagi menerajui BAM.

Sebelum itu, Norza memutuskan untuk mengundur diri selepas Sukan Olimpik Paris 2024 bagi memberi tumpuannya terhadap tugas selaku Presiden Kehormat Badminton Asia dan Ahli Lembaga Majlis Olimpik Asia (OCA).

Selain melepaskan jawatan Presiden BAM, beliau juga menyuarakan hasrat untuk mengundurkan diri daripada jawatan Presiden MOM selepas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Susulan kenyataan Norza, ahli majlis BAM sebulat suara bersetuju menamakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai presiden baru mereka pada Oktober lalu.

Bagaimanapun, tarikh sebenar pelantikan Tengku Zafrul akan dibincangkan pada mesyuarat majlis yang akan datang bulan ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya