Drama unsur lucah: Doakan diberi hidayah -Heliza Helmi - Utusan Malaysia

Drama unsur lucah: Doakan diberi hidayah -Heliza Helmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Tidak sekadar menghentam, pelakon dan aktivis, Heliza Helmi mengajak masyarakat mendoakan mereka yang terlibat dalam pembinaan naskhah berunsur lucah agar diberi hidayah.

Heliza atau Nur Heliza Helmi, 37, mengingatkan masyarakat tidak keterlaluan menghentam sebaliknya sama-sama bermuhasabah melihat kesalahan masing-masing.

“Berdoalah sebab ia senjata orang mukmin. Kita tak tahu orang yang melakukan perkara demikian (naskhah berunsur lucah) boleh berubah sekiranya Allah berikan hidayah.

“Kita yang komen dan hentam di media sosial tak tahu lagi bagaimana.

“Kita selalu tunjuk salah orang tapi lupa melihat diri sendiri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Turut berlakon dalam filem Panglima Awang: Darah Indera Gajah, Heliza berharap naskhah ini boleh menyebarkan kebaikan kepada penonton.

“Mudah-mudahan Panglima Awang boleh menjadi sebab tersebarnya kebaikan.

“Hati kita tetap kena diisi, kalau tidak dengan perkara baik, maka sebaliknya.

Bila banyak perkara baik dikongsikan, Insya-Allah akan mengalir yang baik-baik kepada penonton,” tambahnya.

Panglima Awang: Darah Indera Gajah merupakan filem kedua terbitan Studio Kembara selepas mencetuskan fenomena menerusi Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Filem ini bakal menemui penonton pada 11 Januari tahun hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya