LHDN berjaya kutip RM115.63 juta melalui

(DEWAN NEGARA) LHDN berjaya kutip RM115.63 juta melalui Program Pengakuan Sukarela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya mengutip sebanyak RM115.63 juta kutipan hasil cukai langsung sehingga 31 Oktober 2023 melalui Program Pengakuan Sukarela (VDP) 2.0 yang dilaksana sejak 6 Jun lalu. 

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong berkata, jumlah kutipan hasil cukai tidak langsung yang dikutip Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sehingga 31 Oktober 2023 pula sebanyak RM13.22 juta.

“Kerajaan telah mengumumkan VDP 2.0 kepada pembayar cukai dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada 23 Februari sebagai inisiatif bagi meningkatkan hasil negara, memperluas bilangan pembayar cukai dan meningkatkan tahap pematuhan cukai. 

“VDP 2.0 ini dilaksana oleh LHDN dan JKDM dengan tawaran penalti pada kadar 0 peratus bagi pengakuan sukarela yang dibuat dalam tempoh mulai 6 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini. 

Beliau menjawab soalan Senator Tan Sri Low Kian Chuan meminta kerajaan menyatakan jumlah cukai daripada Program Khas VDP.

Beliau juga bertanya anggaran hasil Cukai Keuntungan Modal atas pelepasan saham korporat yang tidak disenarai dan kutipan Cukai Barangan Mewah. 

Dalam pada itu, Chee Keong berkata, berdasarkan trend pindah milik saham untuk beberapa tahun terkini, dianggarkan hasil cukai daripada pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal adalah sekitar RM800 juta setahun.

“Anggaran jumlah kutipan hasil daripada pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal adalah sekitar RM800 juta setahun, manakala anggaran jumlah kutipan hasil daripada pelaksanaan Cukai Barang Bernilai Tinggi (Cukai Barangan Mewah) masih di peringkat simulasi kerana cukai ini adalah cukai baharu. 

“Kerajaan dalam peringkat akhir untuk memuktamad dasar dan perundangan bagi Cukai Barang Bernilai Tinggi. Mekanisme pelaksanaan jenis barang dan kadar cukai ini akan diumum sebaik sahaja ia dimuktamad dan diluluskan Kabinet,” katanya.  – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya