Bayi hidap kecacatan tempurung kepala meninggal dunia 

Bayi hidap kecacatan tempurung kepala meninggal dunia 

GAMBAR kenangan Nurul Izzati Adawiyah bersama Mohammad Azhar serta Nur Khaulah Al-Azwar dengan Allahyarham Muhammad Bilal Yusra ketika ditemui pada tahun lalu di Kampung Sungai Ular, Kulim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Bayi yang pernah menjadi perhatian ramai, Muhammad Bilal Yusra Mohammad Azhar yang me­ngalami kecacatan tempurung kepala atau Holoprosencephaly dan sumbing meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sungai Ular, di sini hari ini.

Menurut ibunya, Nurul Izzati Adawiyah Mohd. Zaidi, 26, berkata, anak bongsunya itu meninggal dunia pada pukul 4.50 pagi tadi di sisinya serta suami, Mohammad Azhar Arzemi, 31, serta kakaknya, Nur Khaulah Al-Azwar, 6.

Katanya, Muhammad Bilal Yusra yang kini berusia tiga tahun tidak menghadapi masalah kesihatan lain, selain penyakit yang dihidapinya.

“Cuma keadaannya semalam tak berapa sihat dan nampak letih, pagi tadi ketika saya melihat anak saya diam sahaja saya terus memeriksanya lalu memanggil suami dan mendapati anak saya sudah tiada.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah yang dipinjamkan oleh Allah SWT untuk menjaganya selama tiga tahun ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Nurul Izzati Adawiyah, mereka berusaha menjaganya sebaik mungkin dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada arwah serta kakaknya yang juga seorang orang kurang upaya (OKU).

Ujarnya lagi, mereka ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai serta pihak media yang banyak memberi sumbangan serta bantuan selama ini.

Tambahnya, jenazah Muhammad Bilal Yusra akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Furqan, Kampung Sungai  Ular pukul 11 pagi ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya