Banjir air hijau popularkan Kampung Kuala Hau

Banjir air hijau popularkan Kampung Kuala Hau

ORANG ramai tidak melepaskan peluang unutuk melihat fenomena air banjir bewarna hijau di Kampung Kuala Hau, Machang, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Fenomena air banjir berwarna hijau menjadikan Kampung Kuala Hau di sini popular sekelip mata dalam kalangan masyarakat di negeri ini selepas perkara tersebut tular menerusi aplikasi Tiktok dan whatsApp sejak Isnin lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati jambatan Kuala Hau sesak dengan kehadiran orang ramai yang datang untuk melihat sendiri fenomena itu secara lebih dekat.

Seorang penduduk Syairah Kamaruzaman berkata, fenomena itu mula berlaku sejak tahun 2014 lalu namun tidak diketahui oleh masyarakat luar.

Menurutnya, semua itu berubah apabila ada pempengaruh di aplikasi Tiktok memuat naik kandungan video menyebabkan nama Kampung Hau popular sekelip mata.

“Dari situlah, orang luar mula membanjiri kawasan ini. Jumlah pengunjung akan menjadi bertambah pada waktu petang.

“Mengikut maklumat warna air ini berubah kerana lokasinya berhampiran dengan kawasan perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Temangan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

FENOMENA air banjir berwarna hijau mempopularkan di Kampung Kuala Hau, Machang, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH

Sementara itu, seorang penduduk dari Kampung Lepan Pauh, Kuala Nal
Mohd. Syazwan Suhaimi 21, berkata, dia mengetahui perkara itu selepas tular di aplikasi Tiktok.

Katanya, sejurus mengetahui perkara itu dia terus datang ke mari untuk melihat secara lebih dekat fenomena tersebut.

“Ia sesuatu yang mengejutkan bagi saya. Ini merupakan kali pertama saya melihat secara dekat mengenai perkara,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya