Tiga jenis susu badan wajib ibu menyusu ketahui - Utusan Malaysia

Tiga jenis susu badan wajib ibu menyusu ketahui

Halimah Abdul Halim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Susu ibu terbahagi kepada tiga jenis iaitu susu Kolustrum, Foremilk dan Hindmilk.

Pakar Pediatrik KPJ Tawakkal KL, Dr. Halimah Abdul Halim berkata, ketika baru dilahirkan akan keluar susu kolustrum yang likat dan berwarna keemasan.

Kadang-kadang susu yang keluar jernih tanpa warna dan sangat likat.

Bagi sesetengah wanita, susu kolustrum keluar sebelum bayi dilahirkan.

“Pada hari ke tiga, akan keluar susu normal iaitu Foremilk. Kalau anda perasan, bayi minum susu cair seperti air pada awalnya. Susu Foremilk berfungsi menghilangkan haus bayi. Ia rendah lemak dan tinggi air.

“Di penghujung susu adalah susu Hindmilk yang tinggi lemak. Jadi, apabila menyusu jangan cepat tukar ke payudara sebelah sebab yang keluar di hujung itu adalah susu Foremilk saja. Kosongkan dulu bahagian sebelah payudara. Kalau tukar terlalu cepat, bayi tidak dapat minum susu Hindmilk yang pekat itu dan akan menjejaskan perkembangan bayi,” katanya.

GERAK TELINGA TANDA SELESA

Selain teknik penyusuan, lekapan mulut bayi yang betul juga penting untuk memastikan bayi dapat menyusu sepenuhnya dan memastikan susu tidak terkeluar.

“Mulut bayi yang melekap hanya pada puting susu saja tidak dapat memberikan bayi menyusu dengan banyak malah ia boleh menyebabkan ibu berasa sakit. Lekapan yang betul apabila kedudukan bayi selari dengan dada ibu.

“Sekiranya kedudukannya senget, bayi terpaksa mendongak dan susah hendak minum dan menelan susu. Puting dan aerola mesti berada dalam mulut bayi. Hidung bayi pula perlu rapat dengan payu dara,” katanya yang menjelaskan telinga bayi akan bergerak-gerak semasa menyusu, menandakan kedudukan bayi sesuai dan selesa.

Persediaan bekerja

Ibu yang akan mula bekerja semula selepas cuti bersalin perlu membuat persediaan menyediakan bekalan susu secukupnya bagi memastikan penyusuan tidak terganggu sepanjang keluar bekerja.

Dr. Halimah berkata, langkah awal adalah dengan membeli pengepam yang baik dan berkualiti.

Mengepam susu dapat mengelakkan ibu tertekan kerana tidak dapat menyusukan bayi di tempat kerja sebab tekanan boleh mengurangkan kuantiti susu.

“Beli peralatan nyah kuman yang bagus. Bila hendak pam, semua peralatan ini perlu dinyah kuman. Kalau tidak, ia bahaya untuk bayi. Ada penyahkuman kimia, penyahkuman mikrowave dan stim. Buat tinjauan peralatan yang sesuai dan tidak terlalu.

“Beberapa minggu sebelum mula bekerja, latih anak minum susu dalam botol. Ini tanggungjawab pada ayah-ayah sebab memang susah hendak tukar kepada botol. Bayi boleh bau badan mak dia dan menolak botol. Jadi minta ayah beri susu dalam botol untuk membiasakannya,” katanya yang menasihatkan pam susu secara tetap iaitu setiap tiga hingga empat jam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya