Tiada rombakan, hanya Presiden BAM diganti

Tiada rombakan, hanya Presiden BAM diganti

MOHAMAD NORZA ZAKARIA tidak lagi memegang jawatan dalam BAM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria beri jaminan bahawa tiada rombakan akan dibuat membabitkan exco badan induk itu selepas kemasukan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menggantikan kedudukannya pada tahun hadapan.

Ini merujuk kepada 31 portfolio termasuk 12 jawatan naib presiden dan 14 ahli jawatankuasa daripada 15 ahli gabungan negeri yang terdapat dalam badan induk tersebut.

Ini bermakna Zafrul akan bekerjasama dengan dua timbalan sedia ada, Datuk V. Subramaniam dan Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos bersama-sama Setiausaha Agung, Datuk Kenny Goh.

Bagi Norza, dia sudah pun membuat beberapa siri pertemuan dengan Zafrul bagi membincangkan proses peralihan menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BAM pada Disember depan.

“Saya selalu berjumpa dengan Tengku Zafrul, bagi saya tiada isu. Kita akan adakah Mesyuarat Agung Tahunan pad Disember, dan kemudian selepas Kejohanan Terbuka Malaysia (Januari depan), kita akan adakan satu Mesyuarat Ahli Lembaga yang biasa untuk mengusahakan tentang peralihan kuasa ini.

“Bagi saya ini bukan isu besar, kerana pasukan sedia yang menguruskan BAM berjalan seperti biasa, dan bila tiba masanya kita akan umum dan melaksanakannya.

“Kita harus bersikap adil kepada dia (Zafrul) kerana kami di BAM juga harus menyelesaikan beberapa perkara dahulu, baru kami akan memberi penerangan kepadanya tentang badan induk ini.

“Semuanya akan kekal sama sebagai status quo, kecuali kerusi presiden. Seperti yang kita tahu, pemilihan seterusnya adalah pada 2025 dan ia tempoh yang sangat lama. Jadi kesemua timbalan dan naib presiden akan kekal sama.

“Untuk 2025 pun, kebiasaannya, kalau kita lihat apabila berlaku pemilihan, hanya membabitkan tiga jawatan tertinggi, tetapi kita sedar BAM mempunyai sejarah yang baik, jadi saya tidak rasa akan berlaku banyak perubahan,” jelas Norza.

Zafrul, yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dinamakan sebagai presiden terbaru BAM ketika mesyuarat badan induk itu pada 14 Oktober lalu, bagi menggantikan Norza yang umum perletakkan jawatannya pada hujung tahun ini.

Norza mula memegang tampuk kerusi presiden sejak memenangi pemilihan exco BAM pada 2017 dan kemudian mempertahankannya pada 2021.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya