Tiada istilah putus asa dalam kamus hidup Azeem

Tiada istilah putus asa dalam kamus hidup Azeem

AZEEM Fahmi (kanan) ketika meraikan kejayaan meraih gangsa 100m dalam Sukan Asia di Hangzhou. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi menegaskan bahawa tiada istilah berputus asa dalam kamus kehidupannya.

Atlet kelahiran Teluk Intan, Perak itu berkata demikian ketika menjawab soalan daripada pengikutnya di laman Instagram miliknya, semalam.

Seorang pengikutnya bertanya sama ada dia pernah merasa berputus asa? Namun, Azeem membalasnya dengan menjawab,’berputus asa? tiada dalam kamus saya’.

Pemegang rekod kebangsaan 100 meter (m) dengan catatan 10.09 saat (s) itu turut menjawab pertanyaan seorang lagi pengikutnya yang mengenai kunci menjadi konsisten.

“Kesabaran adalah kunci paling utama. Percaya dengan proses dan sentiasa percaya dengan diri sendiri. Perkara yang baik memerlukan masa,” kata bagi menjawab soalan itu.

Selain itu, pengikutnya turut bertanya tentang sasaran utamanya pada 2024 dan Azeem berkata, fokus utama adalah Sukan Olimpik Paris 2024.

Azeem turut diminta berkongsi gambar yang membuatkan dia berasa bangga dengan pencapaiannya oleh seorang pengikutnya dan dia membalas dengan memuat naik gambar ketika menaiki podium pada Sukan Asia Hangzhou, September lalu.

Azeem yang kini melanjutkan pengajian dan mengikuti latihan di Universiti Auburn di Amerika Syarikat berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara 100m dengan catatan 10.11s di Sukan Asia Hangzhou.

Dia berada di belakang pelari China, Xie Zhenye yang memenangi emas dengan catatan 9.97s manakala atlet Thailand, Boonson Puripol perak (10.02s).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya