Terengganu, KL City siapa lebih kuat

Terengganu, KL City siapa lebih kuat

PEMAIN-Pemain Terengganu menjalani latihan terakhir bagi persediaan menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia malam ini.-UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelebihan satu gol yang dimiliki Terengganu FC ke atas Kuala Lumpur (KL) City hasil kemenangan 2-1 dalam pertembungan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur minggu lalu boleh dianggap bekalan tipis.

Jurang satu gol itu pada bila-bila masa sahaja boleh disamakan oleh KL City dan ramai yang menjangkakan pertembungan timbal balik ini akan lebih menarik kerana pastinya kedua-dua pasukan mahu membuktikan kewibawaan untuk melangkah ke pentas final.

Bagi Terengganu, kelebihan berada di tangan mereka kerana beraksi di laman dan suasana dalam pasukan juga dalam keadaan baik berbanding lawan yang terpalit dengan isu tunggakan gaji yang pastinya sedikit sebanyak merencatkan persembahan mereka.

Bagaimanapun, difahamkan persiapan Terengganu untuk berdepan KL City sedikit terencat susulan ketiadaan beberapa pemain utama dalam pasukan atas faktor penggantungan dan juga kecederaan.

Skuad Penyu bakal turun tanpa kelibat Nurillo Tukhtasinov yang digantung selepas pemain itu mengutip dua kad kuning sebelum ini dan mereka turut kehilangan dua pemain pertahanan iaitu Shahrul Nizam serta Sardor Kulmatov yang mengalami dalam kecederaan.

“Kami telah buat persediaan sebaik mungkin bagi menghadapi perlawanan besar ini. Shahrul Nizam, Kulmatov dan Nurhakim Hassan ada masalah tertentu (kecederaan).

“Saya rasa pasukan bersedia walaupun Tukhtasinov dignantung. Saya tidak berharap keadaan akan menjadi mudah dalam menentang KL City kerana siapa pun yang main akan berikan persembahan terbaik,” kata pengendali Tomislav Terengganu Steinbruckner.

PASUKAN Kuala Lumpur City belum mahu berputus asa dan tekad memberi tentangan sengit menentang Terengganu bagi memburu tiket ke final Piala Malaysia.-IHSAN KL CITY

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad mengakui selaku pemilik kelab, pihaknya meletakkan harapan tinggi untuk skuad kendalian Nenad Bacina itu mara ke final Piala Malaysia musim ini.

“Barisan pemain telah menjanjikan bahawa mereka akan memberi yang terbaik di atas pada pada aksi separuh akhir kedua di Terengganu esok (malam ini). Sudah tentu harapan kami adalah untuk mara ke final.

“Kalau boleh, kita mahu menentang JDT sekali gus membalas dendam atas kekalahan final Piala FA yang lepas, sekali gus mengulangi perlawanan akhir Piala Malaysia 2021.

“Saya harap pemain kekal bermotivasi dan tidak terjejas dengan berita negatif melibatkan pasukan ketika ini,” katanya

Ketika Terengganu bakal tampil dengan skuad yang agak ‘tempang’, KL City pula mendapat tonik tambahan selepas mendapat semula khidmat Paulo Josue dan penyerang berbisa Romel Morales untuk menggerakkan bahagian tengah dan jentera serangan skuad Warga Kota.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya