Tengku Amir 'tiup' semangat 'The Monsoon' di Gran Canaria

Tengku Amir ‘tiup’ semangat The Monsoon di Gran Canaria

TENGKU Amir (kanan) turut hadir menyaksikan kejohanan dan memberi semangat keapda skuad negara di Kejohanan Pelayaran Piala Emas Star Sailors League (SSL) di Gran Canaria, Sepanyol.-IHSAN SSL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad pelayaran negara menerima suntikan semangat dengan keberangkatan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Kejohanan Pelayaran Piala Emas Star Sailors League (SSL) di Gran Canaria, Sepanyol minggu ini.

Baginda berkenan menyaksikan kejohanan itu dan tiba pada 9 November lepas dengan disambut ketua pasukan, Megat Danial Megat Najmuddin dan anggota pasukan perahu layar yang lain, Khairulnizam Mohd Affendy dan Nur Shazrin Mohamad Latif.

“Kami menjunjung kasih kepada baginda kerana meluangkan masa memberi sokongan moral untuk kami mengharungi saingan ini.

“Kami yakin akan mendapat tempat 20 teratas pada pusingan akhir ini,” kata Megat Danial.

Skuad negara yang juga dikenali dengan gelaran The Monsoon diundi dengan Antigua and Barbuda, Ukraine dan Bermuda di Fleet Tiga pada pusingan 1/32.

Fleet Satu merangkumi Peru, Bulgaria, Slovenia dan Tahiti, manakala Fleet Dua menampilkan Portugal, Chile, Cuba dan Estonia.

Dalam pada itu, Fleet Empat terdiri daripada Republik Czech, Lithuania, Afrika Selatan dan Oman.

Mengikut format pertandingan dua pasukan terbaik daripada setiap Fleet akan mara ke pusingan 1/16.

Malaysia pernah mendapat tempat kedua di belakang Antigua and Barbuda dalam perlumbaan pertama pada 10 November lepas serta ketiga di belakang Antigua and Barbuda dan Ukraine pada perlumbaan kedua pada 11 November.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya