Sentiasa tersenyum dan gembira apabila berdepan cabaran adalah rahsia untuk membina keyakinan diri yang tinggi.
Miss Malaysia Universe 2011, Deborah Priya Henry, berkata senyum pada diri sendiri apabila menghadap cermin dan setiap kali bertemu dengan orang mampu mencetuskan keyakinan diri.
“Secara automatik senyuman boleh membuatkan diri lebih berkeyakinan berdepan orang ramai. Rasa yakin ini banyak dipengaruhi emosi individu pada satu-satu masa,” katanya pada bengkel keyakinan yang dianjurkan sempena majlis pelancaran koleksi pakaian dalam Triumph, Signature Sheer.
Turut hadir Pengurus Pemasaran Kanan Triumph Malaysia Natasha Mooyini.
Bagi tampil yakin individu perlu membuat sesuatu perkara atau mengambil langkah pertama yang mudah untuk mencapainya.
“Kadang-kala bila kita membeli sesuatu barang untuk diri sendiri seperti baju, pakaian dalam beg tangan atau kosmetik pun kita boleh rasa yakin,” katanya.
Pun begitu ujarnya, keyakinan ada kalanya tidak datang selalu.
Berkongsi kisah, sewaktu berjalan di pentas untuk acara Minggu Fesyen KL, beliau tiba-tiba keliru sama ada perlu buat lawak dan buat penonton ketawa atau hanya memegang kertas ucapan supaya dapat menyebut setiap perkataan dengan betul?.
“Keyakinan diri saya diuji ketika mengambil bahagian dalam pertandingan Miss Malaysia pada 2011, seterusnya mewakili Malaysia ke peringkat Miss Universe di mana peserta datang dari pelbagai pelusuk dunia.
“Kita tahu pertandingan ratu cantik adalah subjektif dan ia bukan mengenai siapa gadis terbaik yang akan menang.
“Berdiri di tengah pentas dengan semua cahaya tertumpu kepada saya, kamera menghala tepat ke muka memang buat saya cukup gementar. Tetapi saya harus berani kerana keberanian adalah cara kita membawa haluan hidup,” katanya.
Beliau turut mengingatkan untuk tidak membandingkan diri dengan orang lain, sebaliknya kenalpasti hala tuju hidup dan kenali diri sendiri dengan lebih mendalam.
Pakaian dalam selesa
Pakaian dalam yang selesa mampu membina keyakinan diri untuk tampil dalam apa jua situasi.
Justeru jenama pakaian dalam terkemuka, Triumph memperkenalkan koleksi yang menampilkan gaya versatil sekaligus memperkasakan wanita untuk melakar keyakinan diri masing-masing.
Koleksi penggayaan berhias yang sesuai dijadikan persalinan harian diperbuat daripada fabrik nipis bagi menonjolkan siluet badan yang menawan sambil memberikan sokongan kepada payudara.
Natasha berkata, ada corak renda monogram ‘T’ Triumph yang memberikan sentuhan moden mengikut trend musim ini.
“Koleksi ini didatangkan dengan bra dalam tiga reka bentuk, memenuhi keperluan wanita,” katanya.
Signature Sheer Wired Padded Bra direka bentuk dengan sokongan Wire Light khas untuk keselesaan maksimum.
Signature Sheer Wired Bra pula bra melangsingkan bentuk semula jadi payudara dan Signature Sheer Non-Wired Deep V Bra pula menampilkan garis leher infiniti yang menyerlahkan potongan badan pemakai.
Koleksi Signature Sheer dilengkapkan dengan dua pilihan iaitu Signature Sheer Maxi dan Signature Smooth Hipster.
Koleksi ini turut menawarkan korset Signature Sheer Corsage yang direka bentuk dengan jahitan rangka korset yang menghasilkan siluet tubuh berbentuk jam pasir yang ikonik.