Sempit, tiada ruang, tingkat masalah mental

Sempit, tiada ruang, tingkat masalah mental

-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAUNSELOR, Faridah Ahmad saya temui baru-baru ini memberitahu tidak kurang daripada dua kes tekanan mental anak-anak Program Perumahan Rakyat (PPR) sekitar ibu kota beliau temui.

Tekanan mental itu dikatakan banyak berkaitan dengan persekitaran terutamanya rumah sempit dan
bersesak dengan ahli keluarga yang lain, selain tiada kawasan untuk beriadah.

Kalau adapun, ruang berkenaan tidak mencukupi menampung ratusan malah ribuan penduduk di PPR.
Ini realiti kita hadapi hari ini, khususnya di ibu kota besar seperti Kuala Lumpur. Pun begitu, usah salah
faham.

Bila bercakap mengenai PPR, ia tidak tertakluk pada jenama itu semata-mata. Sebaliknya binaan rumah tinggi bertingkat yang sama seperti itu.

Biar apapun namanya, kalau sudah nama jolokkannya rumah merpati, begitulah adatnya.

Dulu-dulu bukan tidak ada kediaman sebegini yang kita panggil rumah pangsa atau flet, tetapi binaanya tidaklah terlalu padat dan sendat seperti hari ini.

Memetik kata Faridah, ada remaja yang tak nak duduk di rumah sebab adik-beradik yang ramai dan emak ayah yang suka bergaduh.

Remaja itu lebih rela melepak membuang masa di pusat beli belah yang sejuk berpendingin hawa daripada menghadap ahli keluarga yang suka berkelahi.

Bagi remaja itu, tak buat apa pun tak mengapa, yang penting hatinya tenteram.

Menjadikan pusat beli belah dan luar rumah sebagai pelarian bukanlah tindakan yang normal. Rumah
seharusnya menjadi ruang untuk kita berehat dan tenteram bersama ahli keluarga seperti yang selalu kita sebut, rumahku, syurgaku.

Kalau pada usia hanya 15 tahun remaja itu sudah berfikiran sedemikian, bagaimana kehidupannya untuk 10 atau 20 tahun akan datang?

Kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendapati 12.3 peratus remaja dan kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun yang mendiami PPR di Lembah Klang mengalami masalah kesihatan mental dan cenderung membunuh diri.

Situasi ini amat membimbangkan dan sesuatu perlu dilakukan oleh kita semua yang hidup sebagai suatu masyarakat.

Apa yang selalu saya fikirkan bila lalu depan kawasan rumah bertingkat-tingkat ini ialah bagaimana kediaman rakyat boleh dibina sebegitu banyak dalam sesebuah lokasi? Selesakah? Bagi warga emas, sebulan sekalikah turun ke tingkat bawah untuk menjejak kaki ke tanah dan taman?

Atau selesa jatuh ke tangga tercorot, demi mengaut keuntungan atas penderitaan pembelinya? Sebab sebagai pembeli adakah kita mempunyai pilihan?.

-Nor Afzan Mohamad Yusof, Pengarang Rencana Utusan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya