Runtuhan di tapak pembinaan: Seorang disahkan maut, 3 parah, 5 masih tertimbus  - Utusan Malaysia

Runtuhan di tapak pembinaan: Seorang disahkan maut, 3 parah, 5 masih tertimbus 

SEKITAR kejadian runtuhan di tapak pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang, malam ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BAYAN LEPAS: Seorang disahkan maut setakat pukul 12.30 tengah malam ini dalam kejadian runtuhan di tapak pembinaan di Batu Maung, dekat sini malam ini.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Azrul Khairi Abu Bakar berkata, tiga lagi ditemukan cedera parah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, tambah beliau, lima lagi dikhuatiri masih tertimbus dan kerja-kerja menyelamat sedang giat dijalankan sehingga kini.

Terdahulu, JBPM negeri melaporkan sembilan mangsa dikhuatiri terperangkap selepas sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan runtuh dalam kejadian di Batu Maung di sini, kira-kira pukul 9.58 malam ini.

ANGGOTA penyelamat membawa salah seorang mangsa runtuhan di tapak pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang malam ini. – Pic: IQBAL HAMDAN

Difahamkan, terdapat 18 pekerja yang kesemuanya dipercayai warga asing sedang bekerja di tapak pembinaan itu ketika kejadian berlaku.

Bagaimanapun, sembilan daripada mereka dikatakan sedang berehat untuk menunaikan solat dan terselamat daripada menjadi mangsa runtuhan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya