RTG banyak bantu Pandelela, fokus buru tiket ke Paris

RTG banyak bantu Pandelela, fokus buru tiket ke Paris

AKSI PANDELELA Rinong-Nur Dhabitah Sabri ketika memenangi pingat gangsa di Sukan Asia Hangzhou.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:Memenangi dua pingat gangsa di Sukan Asia Hangzhou baru-baru ini melengkapkan misi peribadi untuk penerjun negara Datuk Pandelela Rinong, menamatkan penantian 13 tahun bagi meraih pingat dalam acara individu.

Bagaimanapun, persiapan ke temasya Asia di Hangzhou, China, sedikit terjejas susulan kecederaan bahu dialami Pandelela namun ia tidak menghalangnya untuk menamatkan saingan di kedudukan podium.

Kerja keras dan kesungguhanya telah membuahkan hasil dengan pingat gangsa pertama dalam acara 10m platform seirama bersama Nur Dhabitah Sabri, sebelum dia meraih satu lagi dalam acara 10m platform individu.

“Pingat yang kedua, sangat istimewa. Sukan Asia di Hangzhou ini memberi rahmat kepada saya, lebih-lebih lagi saya terpaksa menarik diri daripada edisi lalu (di Jakarta) kerana kecederaan.

“Untuk menjadikannya lebih manis, saya turut meraih gangsa dalam acara individu yang sudah 13 tahun saya tunggu,” kata penerjun berusia 30 tahun itu.

Persediaan Pandelela dibantu oleh sokongan yang diberikan oleh program Road to Gold (RTG), yang diwujudkan untuk melonjakkan pemenang pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik Paris tahun depan melalui perkhidmatan sokongan yang menyeluruh.

Walaupun pemenang pingat perak Olimpik 2016 itu terlepas kelayakan ke Paris pada Kejohanan Akuatik Dunia Julai lalu, RTG terus membantu persiapannya untuk Sukan Asia.

“Walaupun tidak layak daripada kelayakan Olimpik pertama, kerana menjadi sebahagian daripada RTG, sokongan dan perkhidmatan tidak terhenti di situ.

“Dengan keterbukaan RTG untuk menangani kecederaan saya dan pemulihan khusus membolehkan saya pulih daripada kecederaan saya, meningkatkan kekuatan dan keyakinan saya untuk membuat persediaan yang lebih baik untuk Sukan Asia.

“Buat masa ini, fokus saya adalah untuk menguatkan badan dan menjadi lebih cergas melalui program pencegahan kecederaan untuk berada di kemuncak saya bagi mencapai matlamat utama untuk membuat penampilan kelima saya di Sukan Olimpik tahun depan.

“Olimpik adalah impian dan matlamat yang mendorong saya untuk memberikan yang terbaik dalam latihan. Selepas ini saya akan fokus pada kelayakan Olimpik terakhir pada Kejohanan Akuatik Dunia 2024 di Doha (2-18 Februari),” jelas Pandelela.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya