Pesan Ramli MS kepada Zaki Yamani

Tiru artis lain akan jadikan kamu artis nombor dua, pesan Ramli MS kepada Zaki Yamani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Datuk Ramli MS, memuji penampilan Zaki Yamani ketika mengiringi persembahan Alif Aziz di pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10).

Zaki atau nama penuhnya Ahmad Zaki Yamani, 17, menyanyikan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini bersama Alif Aziz di konsert minggu kesembilan hari ini.

“Kamu berumur 17 tahun, masih muda. Saya suka kamu, kerana kamu seperti saya.

“Bakat-bakat baru seperti inilah yang perlu kita raikan,” kata Ramli.

Ramli turut menasihati anak kepada raja pop negara, Datuk Jamal Abdillah itu agar tetap menjadi dirinya sendiri.

“Ayah kamu ialah Jamal. Kamu perlu jadi diri sendiri. Jangan terikut-ikut bapa kamu.

“Jika kamu meniru artis lain, kamu akan menjadi nombor dua. Artis perlu jadi nombor satu, tiada nombor dua.

“Berkawan dengan orang pandai, jangan sombong dan jujur dengan nyanyian” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya