Penyokong bergaduh, Selangor dan Perak bakal dihukum

Penyokong bergaduh, Selangor dan Perak bakal dihukum

SEGELINTIR individu yang mengalami kecederaan susulan pergaduhan melibatkan penyokong Selangor FC dan Perak FC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kelmarin.-IHSAN FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Insiden pergaduhan melibatkan penyokong Perak FC dan Selangor FC di luar Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kelmarin, bakal menyebabkan kedua-dua kelab terbabit berdepan hukuman denda.

Selangor kemungkinan besar bakal dikenakan hukuman lebih berat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan kegagalan mereka sebagai tuan rumah dalam mengawal keselamatan.

Dalam pada itu, pihak Selangor telah sedia maklum mengenai pergaduhan yang berlaku dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan terperinci.

Pengurus pasukan Selangor, Mahfizul Rusydin berkata, beliau ada melihat video dan gambar yang tular di media sosial namun tidak mengetahui secara jelas apa sebenarnya yang berlaku.

“Kita dimaklumkan dan berharap apa yg terjadi ini dapat diselesaikan dengan baik mengikut undang-undang di Malaysia.

“Pada pandangan kami, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Kami akan serahkan kepada pihak polis untuk menjalani siasatan dan seterusnya sudah pasti mereka akan didakwa atas kesalahan yang dilakukan mengikut laras undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Pergaduhan melibatkan penyokong tuan rumah, Selangor bersama penyokong Perak telah menyebabkan kecederaan.

Melalui video dan gambar tersebar di media sosial, kelihatan beberapa penyokong menerima rawatan di kepala akibat pergaduhan itu dan penyokong Perak turut tidak dibenarkan keluar dari stadium untuk keselamatan semua orang selamat.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan seramai 23 individu diberkas dalam insiden pergaduhan melibatkan penyokong Perak dan Selangor di pekarangan luar stadium.

Hussein memaklumkan pihaknya sebelum itu mengesan satu kekecohan melibatkan beberapa individu kira-kira jam 4.30 petang di bahagian kawasan parkir stadium berkenaan.

“Berlaku kejadian beberapa individu dipukul serta empat buah kenderaan dirosakkan ketika kekecohan berlaku.

“Siasatan lanjut dijalankan kemudiannya mendapati mereka yang terlibat ini menaiki dua buah bas sebelum kedua bas ini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya