TELUK INTAN: Penduduk Kampung Bahagia di sini yang kediaman mereka dilanda banjir kilat akibat hujan lebat dan fenomena air pasang besar kelmarin, lega dengan tindakan segera pihak berkenaan mengatasi masalah tersebut. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, berikutan laporan banjir itu yang disiarkan dalam akhbar ini kelmarin, kerja pembersihan Sungai Kerawai dan Sungai Bidor yang menjadi punca banjir akibat air pasang besar, dilakukan semalam. Jengkaut digunakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membersihkan kedua-dua sungai itu yang dipenuhi tumbuhan dan sampah. Kerja-kerja pembersihan sungai itu membolehkan air dari kawasan kampung itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya