Pempengaruh bunuh anak, sorok mayat dalam almari

Pempengaruh bunuh anak, sorok mayat dalam almari

pempengaruh bunuh anak
Tertuduh yang ditahan polis kerana membunuh anaknya yang baru lahir dan menyorokkan mayat dalam alamari sebelum dibuang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang pempengaruh atau influencer Indonesia sanggup membunuh anaknya dan menyorok mayat dalam almari semata-mata kerana tidak tahu siapa bapa kepada bayi berkenaan ekoran kerap bertukar pasangan.

Tertuduh yang dikenali sebagai Zhafira Dewi Liestiatmaja didakwa melakukan perbuatan kejam itu ketika bercuti dengan teman lelaki baharunya di Bali.

Ketika bercuti itu, Zhafira mendapati perutnya memulas lalu berulang ke tandas tanpa menyedari bahawa itu adalah tanda dia akan melahirkan bayi hingga pada pukul 8 pagi keesokannya harinya bayi itu dilahirkan.

Memetik Tribune New, Tertuduh yang cuba menyembunyikan kelahiran itu daripada teman lelakinya berusaha menamatkan riwayat bayi itu termasuk cuba mengepamnya ke dalam tandas tetapi tidak berjaya.

Zhafira akhirnya membungkus bayi itu dengan plastik lalu disorokkan ke dalam almari.

Keesokkannya ketika mereka berangkat ke lapangan terbang tertuduh membuat mayat bayi malang itu ke dalam tong sampah.

Namun, mayat itu ditemukan oleh pemungut sampah lalu melaporkan kepada polis.

Pihak polis berjaya mengesan tertuduh melalui kemera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan itu yang merakamkan aksi jenayah itu.

Zhafira ditahan pada 19 Oktober lalu dan bakal berhadapan hukuman penjara sembilan tahun.

Ketika disoal siasat tertuduh mengaku melakukan perbuatan kejam itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya