Manchester City mudah atasi Young Boys

Manchester City mudah atasi Young Boys

PENYERANG Manchester City, Erling Haaland melakukan rembatan kencang untuk gol ketiga tuan rumah ketika menentang Young Boys pada aksi Liga Juara-Juara pagi tadi.-IHSAN FB MAN CITY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester City mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara lebih awal selepas menewaskan wakil Switzerland, Young Boys 3-0, awal pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan City mengekalkan rekod bersih untuk mengumpul 12 mata daripada empat perlawanan dengan berbaki dua perlawanan peringkat Kumpulan G.

Young Boys, yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Sandro Lauper dilayangkan kad merah pada minit ke-53, berada di tempat keempat dengan hanya mengutip satu mata.

Pada aksi di Etihad, City terpaksa menunggu sehingga minit ke-23 untuk membuka tirai jaringan menerusi Erling Haaland yang menyudahkan sepakan penalti selepas terjahan Lauper ke atas Matheus Nunes.

Phil Foden menggandakan gol City pada akhir babak pertama menewaskan penjaga gol lawan, Anthony Racioppi menerusi rembatan rendah.

Haaland menoktahkan kemenangan bergaya City menerusi rembatan kencang yang cantik menggunakan kaki kiri dari jarak 18 meter pada minit ke-51.

Keputusan itu juga menyaksikan City tidak pernah tewas dalam 17 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara sejak tumbang 1-3 di tempat lawan kepada Real Madrid pada aksi separuh akhir, Mei tahun lalu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya