Jadi pemimpin terbaik mesti 'lebih putihb dari putih' - Syed Saddiq

Mahu jadi pemimpin terbaik mesti ‘lebih putih daripada putih’ – Syed Saddiq

syed saddiq
SYED Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mengetahui keputusan kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA). - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Abdul Rahman yang didapati bersalah oleh mahkamah hari ini atas kesalahan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA). berkata, seorang individu itu perlu menjadi lebih putih daripada putih atau whiter than white jika mahu menjadi pemimpin baik di Malaysia.

Katanya, uUntuk mengubah Malaysia, ia bukan tentang personaliti individu tetapi bagaimana memperkasa institusi rakyat supaya tidak kira siapa pun mentadbir, negara akan berada di landasan yang betul.
“Untuk menjadi seorang pemimpin yang ingin memajukan negara ke tahap tersebut, individu itu perlu jadi lebih putih dari putih, to be a good leader in Malaysia, to realize that Malaysian dream, you need to be whiter than white,” katanya dalam sidang media sejurus selepas keputusan diumumkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Ditanya sama ada beliau akan mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden MUDA, kata Syed Saddiq, beliau telah membuat keputusan secara peribadi namun akan mengumumkannya selepas mesyuarat bersama kepimpinan parti petang ini.
Katanya, beliau meletak sepenuh kepercayaan kepada badan kehakiman dan menghormati hukuman yang dikenakan kepadanya, sambil menyatakan bahawa mahkamah akan menjadi penentu nasibnya. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya