Kongres PKR: Pemilihan calon pilihan raya PKR mesti melangkaui akademik

Kongres PKR: Pemilihan calon pilihan raya PKR mesti melangkaui akademik

Kongres PKR
Ginie Lim menbahaskan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Tahunan PKR Ke-17 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Pucuk pimpinana PKR diminta melihat kelayakan calon melangkaui kelayakan akademik ketika memilih mereka untuk calon untuk pilihan raya umum akan datang.

Datuk Ginie Lim, wakil  PKR Melaka berkata, pemimpin parti tidak seharusnya terlepas pandang terhadap pemimpin bahagian apabila mempertimbangkan calon untuk mewakili parti.

“Pimpinan tertinggi mesti adil. Mempunyai kelayakan akademik tidak sepatutnya secara automatik melayakkan seseorang sebagai calon,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Kongres PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

“Pimpinan tertinggi mesti adil. Mempunyai kelayakan akademik tidak sepatutnya secara automatik melayakkan seseorang sebagai calon,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada kongres PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Katanya jika pemimpin bahagian diketepikan, maka akhirnya, masalah rakyat tidak dapat diselesaikan.

“Kami faham pucuk pimpinan perlu mempertimbangkan banyak aspek dalam membuat keputusan (mengenai calon parti),” katanya.

Lim mencetuskan kontroversi pada Oktober tahun lalu dengan bertegas untuk bertanding di kerusi Parlimen Alor Gajah pada pilihan raya umum ke-15 walaupun beliau tidak dicalonkan.

Tindakannya itu dikritik oleh Rimbalan Presiden PKRm Rafizi Ramli, yang berkata kerusi itu tidak pernah menjadi milik parti itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya