Kenangan ‘indah’ Bastianini di GP Malaysia

Kenangan ‘indah’ Enea Bastianini di GP Malaysia

PELUMBA Ducati, Enea Bastianini (kanan) cuba dicabar Alex Marquez dari pasukan Gresini Racing dalam perlumbaan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang semalam.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Enea Bastianini melakar kejutan apabila dia menjuarai kelas utama MotoGP menerusi persembahan dominan yang dipamerkannya pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dekat sini, semalam.

Bastianini, 26, yang ditimpa kecederaan sejak awal musim dan terlepas lima pusingan melakar kemenangan pertamanya musim ini.

Kali terakhir dia menjejakkan kaki di podium adalah sewaktu GP Malaysia di Sepang pada tahun lalu setelah muncul sebagai naib juara.

Pelumba yang berasal dari Rimini, Itali itu berkata, kembali berada di atas podium satu kenangan yang sukar hendak digambarkan dengan kata-kata.

“Saya berdepan dengan begitu banyak masalah kecederaan sejak awal musim apabila ditimpa kemalangan sewaktu perlumbaan.

“Kesakitan ketika ditimpa kecederaan pertama amat memeritkan, saya terpaksa menghabiskan masa saya di gimnasium untuk pemulihan, jadi, kemenangan ini adalah sesuatu yang menakjubkan,” katanya dalam sidang media selepas perlumbaan berakhir di sini, semalam.

Pelumba Ducati itu muncul juara selepas mencatat masa terpantas 39 minit 59.137 saat (s),tempat kedua menjadi milik, Alex Marquez dari pasukan Gresini Racing MotoGP (39:60.672s), manakala, pendahulu kejuaraan dunia, Francesco Bagnaia menamatkan aksi di kedudukan ketiga (39:62.699s).

PELUMBA Ducati, Enea Bastianini meraikan kejayaan bersama pasukannya.

Dalam pada itu, Bagnaia semakin melebarkan jurang kepada 14 mata ke atas Jorge Martin dari pasukan Prima Pramac Racing yang melengkapkan perlumbaan di kedudukan keempat (39:69.663s).

Rakan sepasukan Bastianini itu kini mengumpul 412 mata setelah menokok 16 mata daripada perlumbaan, semalam, manakala Martin mengutip 398 mata selepas menambah 13 mata.

Lebih mesra dengan panggilan Pecco, dalam sidang media yang sama pelumba itu memberitahu, dia perlu memastikan kedudukannya sentiasa berada di depan Martin, jika mahu mencerahkan peluang merangkul gelaran dunia.

“Untuk perlumbaan di Qatar, minggu depan, daripada hari Jumaat lagi, kami perlu segera memahami jentera dan cuba merebut kedudukan di petak hadapan,” ujarnya.

Sementara itu, hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut menyaksikan seramai 90,637 penonton hadir menyaksikan GP Malaysia, semalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya