Kelayakan Piala Dunia 2026, keutamaan Harimau Malaya

Kelayakan Piala Dunia 2026, keutamaan Harimau Malaya

Harimau Malaya mahu cipta sejarah baharu selepas menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan bahawa skuad Harimau Malaya akan memberi keutamaan kepada aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 berbanding Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung pada Januari depan di Qatar.

Jelasnya, sasaran untuk skuad kebangsaan muncul selaku dua pasukan terbaik dalam Kumpulan D bagi aksi kelayakan yang bermula 16 November ini adalah lebih penting.

Tambah Hamidin, semua enam perlawanan peringkat Kumpulan D menentang Kyrgyzstan, Taiwan dan Oman boleh dianggap misi hidup mati pasukan andai mahu layak ke kelayakan terakhir Piala Dunia 2026.

“Secara peribadi, saya harap kita dapat memulakan kempen kelayakan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan positif kerana ini adalah saingan yang lebih penting berbanding Piala Asia 2023.

“Pada kelayakan tersebut, kita bakal meraih 10 perlawanan berkualiti dengan menentang pasukan hebat Asia seperti Australia, Jepun, Iran atau Korea Selatan.

“Andai situasi berbeza, mungkin kita akan kekal bersaing dengan pasukan-pasukan yang sederhana seperti Laos, Myanmar serta Timor Leste yang mungkin tidak memberi perkembangan positif buat skuad kebangsaan,” katanya pada sidang media khas di sini, semalam.

Skuad Harimau Malaya tidak pernah layak ke pentas kelayakan terakhir Piala Dunia zon Asia dan sekiranya berjaya kali ini, ia merupakan sejarah baharu buat bola sepak Malaysia.

Pada aksi kelayakan terakhir nanti, 18 pasukan terbaik kelayakan kedua bakal bersaing merebut lapan slot untuk layak ke peringkat Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada.

Menurut Hamidin, sasaran yang diletakkan kali ini adalah untuk muncul dua pasukan terbaik di peringkat kumpulan dan fokus sudah pasti memastikan Harimau Malaya dapat raih mata maksimum pada dua aksi kelayakan bulan ini.

HAMIDIN MOHD AMIN

“Secara peribadi, saya harap kita dapat memulakan kempen kelayakan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan positif kerana ini adalah saingan yang lebih penting berbanding Piala Asia 2023.

“Memang betul kita sudah tamatkan kemarau layak ke Piala Asia secara merit buat kali pertama dalam tempoh 42 tahun, tetapi saingan di sana lebih kepada meraih pengalaman selain mengutip mata ranking.

“Namun, aksi kelayakan lebih mustahak kerana kita berpeluang mara ke pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia 2026 dan layak secara automatik ke pentas Piala Asia 2027.

“Pada kelayakan tersebut, kita bakal meraih 10 perlawanan berkualiti dengan menentang pasukan hebat Asia seperti Australia, Jepun, Iran atau Korea Selatan.

“Andai situasi berbeza, mungkin kita akan kekal bersaing dengan pasukan-pasukan yang sederhana seperti Laos, Myanmar serta Timor Leste yang mungkin tidak memberi perkembangan positif buat skuad kebangsaan,” katanya pada sidang media khas di sini, semalam.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya tidak pernah layak ke pentas kelayakan terakhir Piala Dunia zon Asia dan sekiranya berjaya kali ini, ia merupakan sejarah baharu buat bola sepak Malaysia.

Pada aksi kelayakan terakhir nanti, 18 pasukan terbaik kelayakan kedua bakal bersaing merebut lapan slot untuk layak ke peringkat Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya