Kekalkan Melaka bandar raya bersih, bebas sampah

Kekalkan Melaka bandar raya bersih, bebas sampah

BEBERAPA sukarelawan mengutip sampah selepas pelancaran program BEBAS RHB Clean-A-Thon di Pantai Puteri, Melaka. - MINGGUAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Usaha menjadikan Melaka sebagai bandar raya terbersih dan bebas sampah menjadi fokus utama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terutama menjelang sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Datuk Bandarnya, Datuk Shadan Othman berkata, ia selaras dengan kejayaan MBMB dianugerahkan Agensi Terbaik sempena World Clean Up Day kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada Malam Apresiasi Madani Cinta Bumi sempena Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) di Putrajaya, kelmarin.

Katanya, kejayaan tersebut adalah hasil usaha pihak­nya menganjurkan program Bandaraya Ekosistem Bersih Aspirasi Semua (BEBAS) setiap minggu.

“Menerusi sistem aduan yang diwujudkan, kita tidak lagi menerima banyak aduan mengenai sampah termasuk melalui media sosial.

“Ia terbukti sejak program BEBAS dilaksanakan, usaha memastikan bandar raya Me­laka serta kawasan pentadbiran bebas sampah dan bersih makin berhasil.

“Kali ini kita akan me­nganjurkan program gotong-royong Perdana melibatkan pelbagai pihak seperti perbankan, syarikat milik kerajaan (GLC), sukarelawan dan syarikat swasta,” ujarnya pada program BEBAS RHB Clean-A-Thon yang telah dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi di Pantai Puteri di sini, semalam.

Shadan berkata, tahap kesedaran masyarakat di negeri ini semakin meningkat dalam soal menjaga kebersihan di kawasan persekitaran dengan tidak membuang sampah di luar tong sampah yang disediakan.

Justeru katanya, program BEBAS akan terus diadakan terutama di bandar Raya ini dankawasan pentadbiran MBMB setelah Melaka diiktiraf sebagai bandar terbersih
menerusi Anugerah Asean Clean Tourist City Standard (2024-2026) baru-baru ini.

“Aktiviti BEBAS akan terus dipergiatkan melibatkan lebih ramai pihak kerana usaha kita adalah untuk memastikan bandaraya Melaka bersih dan bebas sampah menjelang TMM 2024,” ujarnya. – MINGGUAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya