Kekal trio terbaik Harimau Malaya

Kekal trio terbaik Harimau Malaya

ARIF Aiman Hanapi (kanan) , Faisal Halim dan Akhyar Rashid menjadi trio serangan terbaik dimiliki Harimau Malaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Trio hadapan Harimau Malaya iaitu Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim dan Akhyar Rashid perlu dikekalkan oleh jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon untuk kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Ketika ini, peminat Harimau Malaya tertunggu-tunggu sama ada, terdapat nama baharu yang disenaraikan Kim Pan Gon dalam skuad kebangsaan menjelang aksi pertama aksi kelayakan menentang Kyrgyzstan pada 16 November ini.

Siapa atau pemain mana sekali pun bakal di panggil, Pan Gon diharapkan dapat mengekalkan Arif Aiman, Faisal dan Akhyar yang dilihat menjadi rangkaian serangan terbaik yang dimiliki Harimau Malaya ketika ini.

Bekas pemain kebangsaan, Azraai Khor Abdullah berkata, ketiga-tiga pemain itu perlu dikekalkan dalam skuad dan perlu menjadi pilihan utama dalam kesebelasan utama kerana mereka mempamerkan permainan sangat baik.

Azraai berkata, mereka bertiga memahami antara satu sama lain sehingga mampu mencipta gerakan bahaya untuk mendapatkan jaringan dan perkara itu sudah dibuktikan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Kita tengok ketiga-tiga pemain muda ini ada keserasian, bagi saya satu petanda positif juga kerana mereka ini orang muda lagi. Jadi, saya harap mereka akan kekal jadi pilihan utama Pan Gon. Gerakan mereka cukup bahaya.

“Mereka juga mampu memberikan lorongan-lorongan menarik kepada pemain lain untuk membuka peluang jaringan. Pemain yang kreatif sebegini amat diperlukan dalam kem kebangsaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Azraai berkata, Paulo Josue yang ketika ini bebas daripada sebarang kecederaan juga memberi khabar gembira buat Pan Gon dan dia percaya pemain Kuala Lumpur City (KL City) FC akan turut tersenarai.

“Josue pemain berkaliber di posisi tengah, ketiadaannya dalam Pestabola Merdeka 2023 sangat dirasai kerana kita hilang kawasan di bahagian tengah. Dia juga pakar dalam situasi bola mati, jadi saya harap dia akan ada dalam skuad nanti,” katanya.

Ditanya sama ada penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad akan turut tersenarai, Azraai berkata, perkara itu terpulang kepada Pan Gon dan jurulatih dari Korea Selatan pastinya ada kriteria tersendiri.

“Kena ikut percaturan ketua jurulatih dan kita perlu hormat keputusan dia. Dia (Syafiq) orang lama, ada banyak pengalaman dan boleh membantu ketika kita perlukan khidmatnya. Biarpun kurang jadi pilihan di JDT, dia menyumbang ketika diturunkan.

“Di JDT, kita tidak perlu bimbang tentang kecergasan dan minit permainan kerana mereka sememangnya berlatih dengan intensiti tinggi. Semuanya cukup termasuk mental dan fizikal, apabila diberikan peluang mereka buktikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya