Kane bantu Bayern mara, 38 aksi kumpulan tak tewas

Kane bantu Bayern mara, 38 aksi kumpulan tak tewas

HARRY Kane melonjak tinggi untuk menanduk gol pertama buat Bayern Munich ketika aksi menentang Galatasaray bagi aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara di Allianz Arena awal pagi tadi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Dua gol ledakan Harry Kane dalam tempoh 10 minit terakhir mengesahkan tempat Bayern Munich diperingkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) selepas menewaskan Galatasaray 2-1, awal pagi tadi.

Penyerang England itu berjaya menanduk masuk hantaran Joshua Kimmich untuk meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-80.

Kane sekali lagi merobek gawang lawan enam minit kemudian, selepas menolak masuk hantaran Mathys Tel untuk mengesahkan kemenangan Bayern.

Sejak menyertai Bayern dari Tottenham pada musim panas, Kane membuktikan ketajaman penyudahnya apabila mengumpul 19 jaringan keseluruhan daripada 15 perlawanan bagi semua kejohanan.

Galatasaray cuba bangkit dengan jaringan Cedric Bakambu pada masa kecederaan tetapi gol itu sudah terlambat untuk menafikan kemenangan kelab gergasi Jerman itu.

Juara enam kali Bayern kini tidak tewas dalam 38 aksi peringkat kumpulan sekali gus satu lagi rekod baharu di Liga Juara-Juara.

Sementara itu, Real Madrid,Inter Milan dan Real Sociedad turut mara ke pusingan 16 terbaik selepas mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing.

Keputusan aksi awal pagi tadi menyaksikan mereka menyertai Manchester City dan RB Leipzig yang lebih awal mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya