Kadar STR ditambah jika beri kesan kepada rakyat - Anwar

Kadar STR ditambah jika beri kesan kepada rakyat – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Kongres Nasional Tahunan Keadilan 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaaan bersedia meningkatkan kadar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) jika penyasaran subsidi dilaksanakan kelak memberi kesan kepada golongan yang memerlukan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Perpaduan akan tetap melaksanakan subsidi bersasar itu dan pada masa sama, menyediakan jaringan keselamatan lebih efektif untuk golongan rentan dan miskin.

“Tidak ada kadar tambahan (kenaikan kos) rakyat, tapi tidak untuk 10 peratus yang (berpendapatan) teratas.

“Menerusi pelaksanaan subsidi bersasar ini, kita (kerajaan) dapat menyelamatkan hampir RM4 bilion dari penyasaran subsidi ini.

“Saya beri jaminan andai kata penarikan subsidi berlaku dan mengesankan kepada rakyat, kita akan tambah STR supaya mereka dapat tampung kerugian itu,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Kongres Nasional Tahunan Keadilan 2023 di sini, malam tadi

Sementara itu, dalam ucapan sama, Anwar yang juga Presiden PKR mengingatkan semua pihak supaya tidak terikut-ikut dengan budaya kafir-mengkafir sesama Islam kerana ciri-ciri itu sudah mula menusuk ke negara ini.

Menurutnya, beliau tidak akan mengizinkan budaya itu berlaku kerana ia bukan saja membawa perpecahan dalam kalangan umat Islam sebaliknya memberi kesan kepada rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Jika kita ambil sikap tolak-ansur terhadap gejala dan budaya ini maka, negara ini akan rapuh dan tidak akan dapat bertahan.

“Selagi kita (Kerajaan Perpaduan) berkuasa, saya tidak akan izininkan negara ini diperkotak-katikkan atas nama agama dan kaum,” katanya.

Pada masa sama, katanya, beliau meminta pimpinan Islam di bawah Kerajaan Perpaduan supaya memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan dakwaan Islam terancam di bawah pentadbiran kerajaan.

“Sekarang ini ada yang mendakwa Islam terancam. Itu propaganda penunggang agama di negara kita. Jadi saudara-saudara perlu turun ke bawah dan jawab masalah ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Kerajaan Perpaduan pada hari ini menolak secara keras usaha dan percubaan Perikatan Nasional (PN) untuk meruntuhkan kerajaan sedia ada.

Menurutnya, beliau mendapati rakan komponen dalam Kerajaaan Perpaduan kekal setia malah, menolak sebarang cubaan ‘tebuk atap’ oleh pihak tertentu.

“Kini, genap satu tahun berlalu dan kita akui pada peringkat awalnya memang kerajaan agak terumbang-ambing kerana ada percubaan untuk mengulangi amalan ‘tebuk atap’,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya