JKKN iktiraf 43 karya Inspitari

JKKN iktiraf 43 karya Inspitari

jkkn
Mohd Amran Mohd Haris
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Persatuan Seni dan Budaya Era Baru (MANES) menganjurkan Inspitari 2023 pada 4 dan 5 November 2023 (Sabtu & Ahad) pukul 8.30 hingga 10.30 malam bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung selama dua hari itu menampilkan persembahan Karya Tradisi Negeri pada malam 4 November 2023 dan persembahan Karya Inspitari 2023 pada malam 5 November 2023.

“InspitariI” adalah gabungan dua perkataan iaitu inspirasi dan juga tari yang bermaksud menggarap idea baru yang kreatif dan inovatif dalam bidang tari.

Setiap Kumpulan Kesenian JKKN seluruh negara menghasilkan daya cipta kreatif, karya baru yang dinamik dan segar yang ditampilkan dalam bentuk persembahan tarian dan muzik yang baru beridentitikan keunikan masyarakat di Malaysia.

Mula dilaksanakan pada tahun 2010, sejumlah 108 karya baharu telah dihasilkan oleh 16 orang koreografer melibatkan seramai 275 orang Artis Budaya Kumpulan Kesenian JKKN. Inspitari 2023 yang memasuki edisi ke – 8 tahun ini telah berjaya menghimpunkan seramai 250 orang peserta persembahan keseluruhan terdiri daripada Koreografer, Artis Budaya Tari dan Artis Budaya Muzik JKKN.

Menariknya penganjuran Inspitari tahun ini adalah penyerahan Sijil Pengiktirafan Karya Inspitari dari tahun 2010 – 2018 yang telah diangkat oleh JKKN bagi mendapatkan perkhidmatan pendaftaran harta Intelek di Malaysia.

Sebanyak 43 karya Inspitari telah berjaya berdaftar dengan MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia).

Selain itu, dalam usaha meneruskan penghasilan karya-karya seni yang berkualiti, JKKN turut memberi penghargaan kepada peserta yang terlibat dalam program ini menerusi dua anugerah iaitu Anugerah Karya Terbaik Inspitari 2023 dan Anugerah Tik Tok karya Inspitari Sepanjang Zaman. Pengiktirafan Anugerah Karya Terbaik Inspitari 2023 dipilih berdasarkan karya negeri terbaik dalam persembahan kali ini dan membawa pulang Piala Pusingan beserta sijil penghargaan.

Manakala Anugerah Tik Tok karya Inspitari  Sepanjang Zaman diberikan kepada karya Inspitari terdahulu yang mempunyai LIKE tertinggi yang telah disiarkan dalam TikTok MySenibudaya bermula dari 4 Oktober hingga 31 Oktober 2023 yang diangkat sebagai koleksi terbaik Inspitari Sepanjang Zaman.

Ketiga-tiga acara pengiktirafan dan anugerah tersebut berlangsung pada 5 November 2023 (Ahad), jam 8.30 malam bertempat di MaTiC, Kuala Lumpur.

“Inspitari anjuran JKKN adalah merupakan program dwi tahunan yang memberi peluang kepada koreografer JKKN seluruh Malaysia menghasilkan karya baru dalam tarian. Ia juga adalah satu usaha ke arah melahirkan karya dan produk baru dalam bidang tari yang lebih dinamik dan segar.

“Objektifnya adalah bagi memperbanyakkan koleksi tarian baru yang unik, segar dan kaya identiti Malaysia. Ia juga dapat meningkatkan daya kreativiti jurutari dan artis tari setiap Kumpulan Kesenian JKKN.

“JKKN juga akan terus komited dalam usaha mencungkil dan menggali khazanah seni budaya negara yang terdapat di seluruh negara”, kata Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohd Amran Mohd Haris, dalam kenyataannya hari ini.

Pemenang bagi Pertandingan Tik Tok Karya Inspitari Sepanjang Zaman telah dianugerahkan kepada JKKN Johor dengan persembahan Ketam Bangkang.

Manakala pemenang bagi Anugerah Karya Inspitari 2023 Terbaik telah dianugerahkan kepada  JKKN Johor dengan persembahan Tari Hulu Peta dari hasil karya kreatif koreografer Hamly Shah Ramli. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya