Jenkinson buru juara Pahang Ocean Paddle

Jenkinson buru juara Pahang Ocean Paddle International Challenge

Kent Jenkinson (tengah) muncul juara kategori terbuka antarabangsa SS1 lelaki .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kent Jenkinson membuktikan dia memang sudah cukup bersedia memburu kejuaraan keseluruhan pada Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2023 apabila muncul juara kategori terbuka antarabangsa SS1 lelaki , di Pantai Rantau Panjang di sini hari ini.

Kent, dari New Zealand yang juga naib juara keseluruhan edisi tahun lalu, menamatkan saingan sejauh 14 kilometer dengan catatan masa 58 minit 42 saat, diikuti dua pendayung adik beradik dari Australia Harry dan Charlie Hewitt di tempat kedua dan ketiga masing -masing mencatatkan masa satu jam 02 :04s dan 1 jam : 04:05s.

“Ia tetap satu perlumbaan yang mencabar walaupun dengan ketiadaan juara bertahan tahun lalu David Mocke. Perlumbaan secara berperingkat sebegini tetap memerlukan tenaga yang banyak dan konsisten dan saya perlu berhati-hati dengan pencabar saya, ” katanya yang membawa pulang RM1,500 selaku juara peringkat pertama.

Tambahnya saingan hari kedua dan ketiga pasti lebih menarik dan beliau perlu berhati hati dengan kelibat Harry dan Charlie yang lebih muda agar tidak terjerat dengan strategi dua beradik tersebut.

“Saya perlu lebih fokus untuk kekalkan momentum kerana kelebihan masa kurang tiga minit belum memberi jaminan sepenuhnya, saingan masih terbuka apa apa boleh berlaku,” katanya.

Dalam saingan terbuka antarabangsa SS1 wanita pula, trio pendayung dari Australia diketuai Peige Wood muncul juara peringkat pertama selepas berjaya menamatkan perlumbaan 14km dengan catatan masa satu jam 08 minit :37.42s.

Ia diikuti Selma Jade Alibegovic ( 1 jam :10:13.24s) di tempat kedua manakala Amanda Bowman di tempat ketiga ( 1 jam : 11:06.15s).

” Ini kali pertama saya beraksi di Malaysia dan memang agak mencabar dengan keadaan cuaca yang panas dan keadaan ombak yang tinggi di garisan permulaan tadi, ” katanya.

” Saya perlu lebih konsisten untuk baki 2 perlumbaan dan cabaran pesaing antarabangsa yang lain dan pendayung tempatan jugak cukup baik dalam membina momentum, saya teruja untuk saingan peringkat kedua esok,” tambah Peige lagi.

Selepas Pantai Rantau Panjang, perlumbaan POPIC membabitkan 150 peserta dari dalam dan luar negara, diikuti perlumbaan peringkat kedua akan berlangsung di Pantai Lagenda, Pekan dan peringkat ketiga dan terakhir akan berlangsung di Pantai Teluk Chempedak, Kuantan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya