PETALING JAYA: Penduduk di empat negeri diingatkan supaya berwaspada ekoran amaran hujan lebat yang dijangka berlaku hingga 20 November.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan memberitahu, kawasan terlibat ialah di seluruh Terengganu, manakala di Kelantan membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
“Di Pahang, kawasan terlibat adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, sementara di Sabah pula kawasan terlibat ialah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” menurut kenyataan itu. – UTUSAN