TEL AVIV: Hamas bersedia untuk membebaskan kumpulan ketiga tawanan Israel sebagai pertukaran untuk tahanan Palestin pada hari ini.
Pada hari Sabtu, ia membebaskan 13 warga Israel dan empat Thailand dengan Israel berkata, ia seterusnya membebaskan 39 tahanan Palestin.
Pejabat Perdana Meteri, Benjamin Netanyahu berkata, ia telah menerima senarai tawanan yang akan dibebaskan oleh Hamas pada Ahad.
Senarai itu sedang disemak oleh pegawai keselamatan, katanya, dan keluarga telah dimaklumkan. – Aljazeera