GAZA: Kementerian Kesihatan di Gaza berkata sekurang-kurangnya 12 orang telah terkorban dalam pengeboman Israel ke atas sekolah al-Fakhoora, yang dijadikan perlindungan mereka yang kehilangan tempat tinggal di kem pelarian Jabalia.
Pengarah Hospital al-Shifa telah melaporkan sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam serangan itu dengan berpuluh-puluh cedera.
“Jumlah [orang yang terbunuh] dijangka meningkat,” Muhammad Abu Silmeyeh dipetik sebagai berkata oleh Reuters.