BAITULMUQADDIS: Tentera Israel mendakwa telah membunuh sekumpulan pejuang Hizbullah di Lubnan pada Khamis dan memusnahkan salah satu kedudukan kumpulan itu.
Mereka menambah ia sebagai tindak balas terhadap serangan yang dilakukan dari wilayah Lubnan ke arah pos tentera berhampiran sempadan di utara Israel.
Disebabkan serangan itu, seorang askar Israel dan seorang anggota simpanan telah dipindahkan untuk menerima rawatan akibat kecederaan, kata tentera.