GAZA: Sebentar tadi, pengarah Hospital al-Shifa telah menyampaikan taklimat. Berikut adalah perkara utama yang dibincangkan:
- Hanya tinggal beberapa jam lagi sehingga penjana kuasa berhenti.
- Terdapat 42 bayi pramatang bergantung kepada mesin oksigen untuk terus hidup.
- Jika penjana kehabisan bahan api, elektrik akan terputus dari peranti oksigen mereka.
- Lima puluh tujuh mesin dialisis buah pinggang akan berhenti, mesin penjanaan oksigen juga akan berhenti.
- Kami bosan merayu kepada dunia untuk mendapatkan bantuan.
- Kami merayu penduduk Gaza. Siapa ada minyak seliter tolong bawa sini ke hospital.
- Keadaan ini berbahaya dan mesin boleh berhenti pada bila-bila masa, membunuh semua pesakit.