Gaza terkini: Kamasukan trak bantuan belum mampu tampung keperluan harian Gaza

Gaza terkini: Kemasukan trak bantuan belum mampu tampung keperluan harian Gaza

Penduduk Gaza duduk di hadapan runtuhan kilang roti yang musnah dibom Israel.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pengeboman oleh Israel berlaku tanpa henti di Gaza, jika ia senyap sekali pun hanya untuk tempoh beberapa minit sahaja.

Menurut wartawan Aljazeera, walaupun trak-trak bantuan mula masuk namun ia tidak dapat menampung keperluan penduduk Gaza ketika ini.

Ini terutamanya di kawasan utara apabila tentera rejim zionis meletakkan syarat bahawa tiada satu pun bantuan boleh sampai ke utara kerana ia adalah zon tertutup tentera.

Dan apabila keadaan menjadi lebih sengit di Gaza, kemungkinan besar mana-mana trak bantuan tidak akan sampai ke sana.

“Kami bercakap dengan beberapa orang yang mempertaruhkan nyawa mereka dan berpindah ke selatan, dan mereka berkata bahawa sejak beberapa hari lalu, mereka tidak makan atau minum apa-apa.

“Tidak kira berapa banyak trak telah dibenarkan masuk ke Gaza, ia masih tidak menampung lima peratus daripada keperluan harian rakyat Palestin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya