GAZA: Aljazeera mendapat maklumat tentang ribuan pekerja rakyat Palestin di Israel yang dihantar pulang ke Gaza.
Terdapat persoalan yang menyelubungi penghantaran pulang itu kerana sebelum ini ribuan rakyat Palestin yang berada di Israel dilaporkan hilang sebaik sahaja perang bermula.
“Seorang keluarga wartawan memberitahu kami mereka tahu dia memasuki Israel pada 7 Oktober, tetapi mereka tidak tahu apa yang berlaku kepadanya; mereka fikir melihatnya dalam gambar di mana dia dikepung bersama orang lain,” kata Sara Khairat dari Al Jazeera, melaporkan dari Baitulmaudadis Timur yang diduduki Israel.
“Dari dalam Gaza, rakan sekerja kami mengatakan beribu-ribu orang, termasuk beberapa yang cedera, telah menyeberang dan kini berada dalam Gaza,” kata Khairat, sambil menambah bahawa pihak berkuasa Israel mungkin terpaksa menghantar balik pekerja rakyat Palestin ekoran tekanan daripada kumpulan hak asasi manusia.
Minggu lalu, enam pertubuhan tempatan telah membuat petisyen kepada Mahkamah Tinggi Israel untuk mendedahkan nama dan lokasi tahanan serta memastikan keadaan tahanan dilayan berperikemanusiaan.