Eksport komoditi ke China dijangka meningkat – Fadillah

Eksport komoditi ke China dijangka meningkat – Fadillah

FADILLAH Yusof (enam dari kiri) bersama penerima anugerah dari pelbagai negara; International Pepper Community pada (IPC ASM ISE ke-51), di Kuching, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Nilai eksport produk komoditi negara ini khususnya minyak sawit ke China dijangka meningkat selepas produk-produk berkenaan menunjukkan prestasi pengeluaran dan kualiti yang konsisten. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau akan mengetuai misi lawatan dan perdagangan ke China mulai Ahad ini dalam usaha meningkatkan hubungan dua hala negara dan perdagangan khususnya dalam bidang komoditi.

“Misi utama lawatan itu nanti adalah berhubung kait komoditi kita iaitu perdagangan antara negara China dan Malaysia khususnya minyak sawit kerana China adalah salah sebuah negara yang banyak mengimport minyak sawit kita. 

“Selain misi perdagangan, hubungan dua hala juga akan dipertingkatkan bagi merapatkan lagi hubungan antara dua negara,” katanya ketika ditemui media selepas hadir merasmikan ‘51st Annual Session and Meetings of International Pepper Community and International Spice Exhibition (IPC ASM ISE ke-51), di Hotel Pullman di sini hari ini. 

Pameran selama lima hari itu disertai kira-kira 200 peserta dalam kalangan pemain industri komoditi lada hitam dari India, Sri Lanka, Indonesia, Vietnam dan Malaysia.

Fadillah yang juga merupakan Menteri Perladangan Komoditi berkata, satu persefahaman akan dimeterai antara Sime Darby dengan sebuah syarikat China yang diyakini akan mengukuhkan lagi nilai eksport komoditi ke negara itu selepas mencatat RM14.86 bilion pada tahun lalu.

“Itu adalah salah satu usaha untuk meningkatkan produk-produk kita, dan Insya-Allah akan berlaku peningkatan. Tunggu hujung tahun,” tambah Fadillah. 

Terdahulu, dalam ucapannya di IPC ASM ISE ke-51, beliau berkata, industri lada global menunjukkan penurunan selepas bertahun-tahun bergelut dengan pelbagai cabaran dengan paling ketara ialah ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan.

“Setakat 2022, berdasarkan rekod Komuniti Lada Antarabangsa (IPC), penggunaan lada dunia dianggarkan sebanyak kira-kira 213,000 tan sahaja, dan ia menunjukkan penurunan dalam permintaan, berbanding tahun sebelumnya yang menyaksikan penggunaan sebanyak 224,000 tan.

“Penurunan itu sebahagian besarnya boleh dikaitkan dengan pemulihan pasca pandemik Covid-19 dan pelarasan permintaan, manakala  pengeluaran lada global pada tahun 2022 pula mencatatkan 537,000 tan, menurun daripada 548,000 tan yang direkodkan pada 2021,” katanya lagi.

Justeru, Fadillah berkata, penurunan itu menuntut Malaysia sebagai negara anggota IPC untuk membangunkan program yang bertujuan untuk merangsang peningkatan permintaan lada.

Katanya, inisiatif itu harus melangkaui tradisi pasaran termasuk program kerjasama yang disepakati antara negara anggota seperti yang digariskan dalam perkara tiga perjanjian penubuhan IPC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya