Christopher dipilih menjadi Pengurus Media Piala Dunia B-17

Christopher dipilih menjadi Pengurus Media Piala Dunia B-17

CHRISTOPHER RAJ sebelum ini pernah bertugas dalam beberapa kejohanan antarabangsa seperti Piala Dunia Rusia 2018 dan Piala Dunia Qatar 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj terus mengharumkan nama Malaysia apabila dilantik sebagai Pengurus Media di Piala Dunia Bawah 17 (B-17) di Indonesia yang akan berlangsung dari 5 November sehingga 2 Disember 2023.

Christopher yang tidak asing dalam dunia bola sepak merangkumi pakar dalam industri perhubungan awam, operasi media dan penyiaran diberi kepercayaan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menggalas tanggungjawab pada kempen Piala Dunia B-17 itu.

Pelantikan itu menjadikan Christopher rakyat Malaysia kedua bertugas di pusingan akhir Piala Dunia, selepas Datuk Seri Windsor Paul yang juga Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) apabila pernah bertugas di Piala Dunia Jerman 2006, sekali gus mengikut jejak langkah gurunya itu.

Dilantik sebagai pengurus media beliau diberikan tanggungjawab di Stadium Menahan Solo dalam memastikan persiapan operasi media berjalan dengan lancar sehingga perlawanan akhir nanti.

Sebanyak 14 perlawanan akan diadakan di Stadium Menahan termasuk aksi perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 2 Disember ini.

Christopher berpengalaman hampir 20 tahun dalam bola sepak selain pernah bertugas dalam beberapa kejohanan antarabangsa seperti Piala Dunia Rusia 2018 dan Piala Dunia Qatar 2022.

Selain itu beliau turut diberi kepercayaan di Piala Dunia B-17 India 2017, Piala Asia di Australia 2015, Piala Asia di UAE 2019, Piala Emas CONCACAF Amerika 2019, Liga Juara-Juara Asia 2021 dan 2022, malah, beliau juga ketika ini adalah Ahli Jawatankuasa Media AFC.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya