Cadangan belia sehingga 35 tahun terlibat PLKN dibimbangi bawa

Cadangan belia sehingga 35 tahun terlibat PLKN dibimbangi bawa impak negatif

plkn
Halim Suleiman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Cadangan menghidupkan semula program Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) melibatkan individu berumur 18 hingga 35 tahun disifatkan sebagai kurang bijak selain dibimbangi membawa impak negatif.

Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, bagaimanapun Kementerian Pertahanan (MINDEF) disarankan menumpukan kepada belia berusia di antara 18 hingga 21 tahun seperti dipraktikkan di negara jiran termasuk Thailand dan Singapura. 

Katanya, cadang pelaksanaan program PLKN 3.0 membabitkan individu sehingga berumur 35 tahun dilihat tidak praktikal kerana ramai yang terikat dengan komitmen.

“Kita bukan membantah pelaksanaan semula PLKN malah amat menyokong ia dikembalikan semula, namun, biarlah pelaksanaannya lebih baik, teratur, logik dan memenuhi keperluan khidmat negara. 

“Program PLKN sebelum ini pun sudah ada acuannya, cuma perlu ditambah baik dan diperkemaskan lagi modul atau pendekatannya.

“Belia lepasan sekolah adalah kumpulan paling ideal untuk diterapkan dengan modul-modul PLKN ini kerana faktor umur, kecergasan dan masih kurang komitmen atau tanggungjawab,” katanya kepada pemberita hari ini.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial apabila ada pihak membuat ciapan dengan mendakwa peserta yang akan dipilih menyertai PLKN untuk fasa baharu adalah individu dalam kalangan usia 16 hingga 35 tahun.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan memberitahu  hanya remaja yang lahir pada 2007 akan dipanggil menjalani PLKN 3.0 apabila ia dilaksanakan pada tahun hadapan.

Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan. Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga berusia 35 tahun,” menurut kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Abdul Halim yang juga Ketua UMNO Bahagian Tebrau berkata, adalah tidak munasabah belia berusia 25 sehingga 35 yang sudah terikat pelbagai komitmen dikerahkan meninggalkan segala tanggungjawab yang mereka pikul untuk menyertai PLKN.

Tambahnya, golongan bagi usia itu kebiasaannya mempunyai pelbagai komitmen dan tanggungjawab yang mereka tanggung termasuk pengajian tinggi, pekerjaan selain keluarga yang perlu disara.

“Itu baru kita bercakap dari segi tanggungjawab sebagai pelajar di institut pengajian tinggi, pekerja, suami atau anak yang menanggung keluarga dan ibu bapa.

“Belum lagi menyentuh majikan yang terpaksa berdepan pula dengan kekurangan tenaga kerja bila staf-staf mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun ini dikerah masuk kem. 

“Oleh itu, pelaksanaan PLKN 3.0 membabitkan belia berusia 25 hingga 35 tahun perlu dikaji semula berikutan ia akan membawa implikasi besar  kepada syarikat dan majikan terjejas selain produktiviti negara yang mungkin terganggu,” katanya.

Dilaporkan pelaksanaan semula PLKN yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanakan membabitkan dua fasa. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya