Bakeri guna berus ada DNA babi boleh dikenakan tindakan

Bakeri guna berus ada DNA babi boleh dikenakan tindakan

MOHD. Arifin Mohd Arif (kiri) melawat pameran sempena Kemuncak Keselamatan Siber BIMP-EAGA di Kota Kinabalu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Permohonan sesebuah bakeri untuk mendapatkan sijil halal mungkin tidak akan diluluskan sekiranya pihak berkuasa mengesan penggunaan berus mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam penyediaan produk pastri di premis berkenaan.

Exco Pendidikan dan Hal Ehwal Agama Negeri, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, jika dikesan, tindakan yang sewajarnya akan diambil selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) mengenai perkara tersebut.

“Tindakan yang boleh diambil termasuk menghentikan operasi premis berkenaan dan pada masa sama, kita akan berikan kesedaran berterusan kepada masyarakat.

“Setakat ini, saya belum terima laporan tetapi saya akan mendapatkan maklumat mengenai perkara ini,” katanya selepas perasmian Kemuncak Keselamatan Siber BIMP-EAGA 2023, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dokumen tular tentang sebuah bakeri yang didakwa menggunakan berus mengandungi DNA babi.

Mohd. Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, sekiranya premis berkenaan mempunyai persijilan halal maka, sijil dan logo halal akan ditarik balik kerana mereka telah menyalahgunakan tanda halal seperti ditetapkan dalam Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. 

Menurut beliau, perkara itu pernah berlaku tahun lepas dan premis itu sudah dikenakan tindakan, namun premis berkenaan telah memperbaiki kesilapan mereka.

Jelas beliau, sekiranya benar-benar kesilapan itu tidak berulang, barulah mereka diberi peluang beroperasi dengan menggunakan logo halal.

Hari ini, bakeri yang didakwa menggunakan berus mengandungi DNA babi mengeluarkan kenyataan menerusi laman rasmi Facebook mereka memaklumkan berus tersebut bukan untuk kegunaan produk atau proses pembuatan makanan sebaliknya, ia digunakan bagi tujuan pembersihan sudut-sudut meja dan habuk di bahagian barista.

Malah, pada masa ini, bakeri tersebut juga masih dalam proses mendapatkan persijilan halal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya