Apam unicorn antigagal

Apam unicorn antigagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

APAM antara kuih tradisi kegemaran ramai dari dahulu hingga kini.

Teksturnya gebu, lembut di samping tarikan utama iaitu berwarna-warni.

Seiring perkembangan zaman, kuih ini turut melalui banyak fasa perubahan terutamanya daripada segi
pembuatannya.

Kelebihan itu menjadikan apam sentiasa mendapat tempat dalam hati masyarakat termasuk kanak-kanak.

Selain sajian sarapan pagi, kuih ini juga sesuai dihidangkan untuk minum petang atau majlis keraian.
Minggu ini, Seri kongsikan resipi apam unicorn antigagal untuk dicuba di rumah.

Bahan-bahan A
-200 gram (g) gula kastor
-200 g susu penuh krim
-130 g susu pekat
-100 mililiter (ml) air panas (pilihan: campur perahan 1 biji oren dan air panas)
-2 biji telur
-180 g minyak masak

 

Bahan-bahan B
-300 g tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
-1/2 sudu teh baking soda
-1 sudu teh esen vanilla
-Parutan kulit oren (pilihan)

 

Bahan-bahan C
-Pewarna merah, biru, kuning dan hijau
-Acuan

 

Cara penyediaan
-Didihkan periuk kukusan terlebih dahulu.
-Gaul semua bahan A hingga rata dan sebati.
-Masukkan bahan B, kacau hingga betul-betul sebati dan mesra.
-Bahagikan adunan kepada empat bahagian mengikut pewarna yang ada.
-Setiap bahagian, warnakan dengan pewarna merah, biru, hijau dan kuning.
-Masuk adunan secara berselang-seli dalam acuan twister saiz kecil.
-Kukus selama 10 hingga 15 minit.

 

Tips
-Tempoh kukusan mungkin akan lebih lama jika menggunakan acuan besar.
-Pastikan api periuk kukusan tidak terlalu kuat dan gunakan api sederhana.

Terima kasih : FARAHERDA RAZALAN

INSTAGRAM: @faraherda

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya