Amaran banjir di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

Amaran banjir di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

amaran bajir
Penduduk di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang diminta berjaga-jaga dan membuat persediaan untuk menghadapi banjir yang diramalkan berlaku lebih awal daripada masa yang dijangkakan, iaitu pada pukul 3 pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penduduk di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang diminta berjaga-jaga dan membuat persediaan untuk menghadapi banjir yang diramalkan berlaku lebih awal daripada masa yang dijangkakan, iaitu pada pukul 3 pagi ini.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dalam satu kenyataan malam ini memberitahu ia membabitkan kawasan di Lembangan Sungai Jawi iaitu Mukim 5 di Seberang Perai Selatan melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Sethu, Kampung Selut, Kampung Jawi dan kawasan sekitarnya.

Ini susulan amaran ribut petir oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bertarikh 6 November 2023 pukul 8 malam dan hasil simulasi model ramalan banjir, maka JPS meramalkan kejadian banjir boleh berlaku di lokasi terbabit bermula pukul 3 pagi 7 November.

Kemungkinan banjir itu berlaku  sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di Lembangan Sungai Jawi.

Menurut kenyataan itu, banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan.

Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir.

Sila layari laman sesawang https://www.facebook.com/jpsmalaysiaofficial, Facebook @jpsmalaysia untuk maklumat lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya